Saturday, September 19, 2009

Dari Tinta Sang Habib

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Malam ni adalah malam terakhir Ramadhan 1430 Hijrah, malam yang telah mengguris sekeping hati untuk berlari pulang ke rumah!


Malam ini juga malam pertama blog ini ditulis, dengan dedikasi khas tajuknya untuk kekasih gelap hamba, sang Habib An-Najar!


Kenapa kekasih gelap? Kerana ia menemani hamba di kala gelap.. dan ia yang menemani hamba di kala duka, ia sering membuat hamba tersengih sendiri, dan dari dia hamba sering menangis!


Kerana ia sekadar kekasih gelap hamba, ia sering membuat hamba geram! Kadang-kadang hamba ketuk dia! hamba denda dia, kerana dia kekadang degil dengan hamba, lambat menjawab bila hamba bertanya, tapi hamba sedar, dia cuma kekasih gelap hamba!


Kehadirannya dalam hidup hamba tidak disedari manusia lain, waima oleh ayahbonda hamba sendiri, tetapi rasenye flatmates hamba dapat menghidu. Apakala hamba seolah bersembunyi di kamar hamba, itu maknanya hamba sedang berbicara dengan kekasih gelap hamba, Habib An-Najar!


Hamba dan Habib hamba ini mula berhubungan sejak lebih kurang 2 tahun lepas. Ketika itu, hamba baru mula bekerja di UMT, ketika itu juga hamba sering diserang penyakit weng bila ingin mula bekerja dengan komputer pejabat hamba, dan kerana itulah, Habib hadir dalam hidup hamba, menyelesaikan masalah yang tak terungkai! Dan kerana kaseh hamba kepada Habib, hamba bawa dia ke New Zealand! Kami bersama di sini, dulu Habib ok je, bila hamba ade banyak sangat kerja-kerja dan masalah, Habib tegar membantu, tapi sekarang Habib dah lain, kalau hamba sibuk sikit dan terlebih mempergunakan dia, Habib merajuk! hamba geram!


owh Habibku, duhai kekasih gelapku, jangan disiksa daku seperti ini! kalo tidak, akan ku cari pengganti dirimu! Habib, jangan menyesal!

No comments:

Post a Comment