Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Lame sudah hamba tidak menulis. Tulisan yang setelah sekian lama hamba dahulukan pula dengan berite sedih dan menyayat hati.
Lu'lu' kesayangan hamba telah dilanggar lari.
Peristiwa berlaku tanpa hamba sedari. Lu'lu' yang hamba anggap tenang dalam istirehatnye di sisi jalan di depan rumah hamba pada malam hari, rupenye telah disakiti. Maka cacatlah Lu'lu' hamba itu..Tidaklah ia seperti seorang duchess sempurna. Baru sahaja hamba berborak riak dengan kak eziey, bahwa Lu'lu' hamba itu sang kolot yang begitu teguh besinye, ibarat waja.
Namun hakikatnye, hari ini Lu'lu' telah pun terluka.
Dan tidak pula ada yang jujur menyatakan maaf...
Namun semua ini adalah kafarah bagi dosa hamba. Hamba telah menyangkakan perkara seperti ini berlaku. Ujian Tuhan untuk hamba, setelah hamba agak hanyut dan leka. Suatu peringatan untuk kembali pada NYA. Alhamdulillah, kalau bukan kerana peristiwa ini, mata ini barangkali akan kering lebih lama! Biarlah ia basah semula..hamba ingin ia basah semula!
Dan hamba takut ya ALLAH, andai Engkau kembali memberi hamba bahagia, hamba akan lebih terleka! Astaghfirullah!
“Ya Allah, kurniakanlah kepadaku dua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, yang dapat menyembuhkan hati dengan linangan air matanya kerana takut kepadaMu (Perkenankanlah permohonanku,ya Allah) sebelum mengalir air mata darah”
Salam kak azam..
ReplyDeletePertama sekali, takziah saya ucapkan atas kesakitan yang menimpa lulu..Sedihnye..so now what happen to lulu? Hantar kedai ke still kat rumah?huhu..siannyer ;(
Alhamdulillah, dugaan ini nampaknya diterima dgn hati yg pasrah dan redha oleh si penulis, masih ada ruang untuk menjadikan sesuatu musibah itu sebagai sesuatu yang kembalikan dan ingatkan kita pada ALLAH..
Kun fa ya kun..dan Allah itu Maha berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja..dan lagi Maha Berkehendak..
Sabar yek kak azam, Tidaklah kita diuji dgn sesuatu yang diluar keupayaan kita..insyaAllah, pasti besar pahala redha dan sabar akak itu..
Peringatan2 di atas adalah untuk diri sendiri especially~
If u need any help, dont hesitate to `roger' me..ok?
my dearest Bidadari Besi,
ReplyDeleteInsyaALLAH, jazakillah atas bantuan mu yang sudah tidak terhitung dek jemari, hehe
Lu'lu' tenang bersemadi, tapi tetap digagahkan jua untuk bergerak, cacat sedikit tapi masih bernyawa, insyaALLAH.
Masih kat rumah, mengintai kesempatan untuk men'cuti'kan Lu'lu' sebelum perkembangan mengembalikannya ke bentuk asal, ngeh2