Wednesday, October 28, 2009

Cinta Sempurna


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Hamba sepatutnye sedang tenggelam dalam kertas2 yang berselerak, setelah berapa lame hamba tangguhkan pertemuan antara hamba dan sv hamba!

Tapi entah mengapa, tetiba hamba tergerak plak nak bukak utube, dan menaip plak Cinta Sempurna, hasil cadangan saudari Bidadari Besi beberapa hari yang lepas. Ternyata tak sia2 hamba melihatnye.


Dari episod ke episod hamba melihat, bila saatnya episod 12 hamba mula merase keliru dengan diri sendiri. Ape yang hamba nak buat tadi sebenarnye?! Hamba tersedar tanggungjawab masih banyak, tapi hamba mula berfikir untuk merehatkan diri dengan menaip sedikit di blog ini, tanda penghargaan hamba buat penulis drama Cinta Sempurna yang ditayangkan di Astro Oasis, iaitu Ustaz Hasrizal, yang juga pengarang buku 'Aku Terima Nikahnya'.

Oleh kerana hamba pun tak habis tengok lagi, hamba pun tak nak komen lebih2, lagi pulak hamba bukanlah kakitangan promosi Astro buat mase ni, sekadar berkongsi kisah yang boleh diteladani.

Hamba yang bukanlah merupakan peminat setia drama melayu kecuali kisah2 keluarga yang menyayat hati. Namun kini hamba semakin kagum dengan pencapaian drama melayu yang berupaya menyerapkan kisah realiti kerosakan masyarakat dan bagaimana mengaplikasikan Islam sebagai jalan penyelesaian.

Banyak yang boleh dipelajari selain berhibur. Bagi yang memandang mutu dan kualiti pelakon, mungkin takkan kecewa dengan kehadiran ustaz yang menyentuh hati, bukan sekadar dengan ilmu dan kata2nya, tapi juga dengan wajah dan penampilannya. Maafkan hamba, bukan menarik ke arah yang tidak patut, tapi penampilan ustaz dalam drama ini yang mungkin layak dicontohi oleh para dai'e dalam menangani mad'u yang berbeza. Seorang ustaz berfikiran fikh, yang berjiwa dai'e.

Hamba rase dah ade yang terbukak tab utube menaip tajuk Cinta Sempurna ni. Oklah, memandangkan tuan hamba pun dah teruja nak tengok ustaz Nazir, eh salah~ teladan Cinta Sempurna ni, silakanlah. Semoga bersama peroleh manfaat! InsyaALLAH!

Sebelum tu, sukalah hamba ingatkan, hamba barangkali seorang manusia yang sukakan hiburan, tapi itu tidaklah bermakna hamba sengaja menghalalkan yang haram atau diistilahkan oleh sesetengah orang sebagai 'mengislamkan' hiburan! Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Hamba cuma seorang hamba dan tak layak untuk menentukan ape2. Dalam drama ini misalnya, yang baik jadi teladan , yang buruk buat sempadan. Bersama mencari ilmu, semoga setiap salah langkah dalam pencarian itu dapat diperbetulkan dengan cara yang berhikmah, insyaALLAH. Barangkali dalam drama ini ade jalan hikmah yang boleh dipelajari oleh semua. Barangkali!!!

"Tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Oleh itu, tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang antara kamu dan dia ada permusuhan, seolah2 telah menjadi teman yang setia." (Fussilat, 34)

No comments:

Post a Comment