Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Rasa bersalah mengetuk dinding hati yang nipis, barangkali nipis untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012. Sedangkan entri untuk menyambut Muharram dulu tidak ter-sempat untuk dibuat.
Kini, bila status2 di muka buku rancak menitikan ucapan tahun baru, baru tersedar bahawa sesungguhnya hari ini, hari tahun baru Masihi (walaupun hakikatnya entri ini bertarikh beda) adalah merupakan 7 Safar 1433 Hijrah. Sudah masuk bulan kedua dalam tahun hijrah kita.
Dan sudah menjadi resam manusia, setiap tahun baru di-refreshkan dengan koleksi azam yang berbeda dari tahun sebelumnya. Sayugia itulah ejaan a.z.a.m sentiasa menghiasi awal mukasurat diari, blog ataupun dinding muka buku kebanyakan manusia di dunia ini, betapa glamornya.
Adapun azam sebenarnya membawa maksud suatu kemahuan dan kesungguhan,dan setelah kita berazam hendaklah selepas itu kita bertawakkal kepada Allah swt.
Rata-rata antara kita, samada hamba ataupun tuan hamba memang hebat menanam azam, namun bile menjelang November ada antara kita yang merasakan lenguh-lenguh sendi kerana azam tidak tercapai. Justeru, marilah kita menukar strategi seperti yang disebut oleh Imam Ghazali:
Yang pertama: Letakkan lah syarat pada setiap matlamat kita (Musyarathah)
Yang ke-2: Sesungguhnya ALLAH sentiasa melihat dan mengawasi apa yang kita lakukan, jadi tuan hamba kalau ber-azam- tu agak2lah ye (Muraqabah)
Yang ke-3: Kita selalu merasakan kita lebih betul dari orang lain. Dan merasakan apa yang kita lakukan itu tiada celanya. Tapi adakah kita syok sendiri? Nilai-lah diri sendiri, cari kekurangan, mesti ada punya-lah, tuan hamba ingat tuan hamba diva?...Segera baiki kesilapan dan tutup segera (Muhasabah)
Yang ke-4: (Tanggungjawab) Ada rasa bertanggungjawab terhadap sesuatu yang kita lakukan. Be a man!!
Yang ke-5: (Mujahadah) Kita semangat di awal tahun. Azam kita berjela-jela tak cukup kertas. Tapi bila tarikh mencecah Jun, kertas2 tersebut sudah menjadi lapik keropok lekor panas yang kita kendurikan saban hari. Tak mau-lah! Harus-lah bersungguh-sungguh! Kalo mahu dapatkan sagunya, mestilah dipecah-kan ruyungnya dahulu, banyak2 pecahkan ruyung lagi banyak sagu boleh dapat, ngeee. (Istiqamah = berterusan).
Lastly: Jangan mengambil mudah kesilapan yang kita lakukan. Kesilapan orang kita hukum! Kita tak bagi can-lah! Tapi bila silap kita, diam2 sudey.. Mana aci! Kita kene denda diri kita dengan kesilapan lalu (Muathabah) , supaya tidaklah nanti kesilapan2 itu berubah menjadi suatu tabiat pula.
Itu sahaja sedikit perkongsian -ber-azam dengan betul! Mudah2-an apa yang kita hajati pada tahun ini tercapai dengan izin ALLAH. Jangan lupa doanya ya!