Monday, December 10, 2012

Hadiah Pertama




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Dah lama dah nak post ni, tapi tak ter-post-post. Ngee.
Sempena perkahwinan hamba baru-baru ini (sila jangan muntah atau menyampah kalo ulang ayat ni banyak2 kali), hadiah pertama yang hamba dapat ialah daripada ex-opismet n jiran bangunan sebelah (mcrose & aida). Kadar kecepatan mendapat hadiah bersamaan dengan lebih kurang sebulan lebih awal. Thank u so much ladies ;) Hadiah same dengan tuan anip, puan aini and baby harith. Tenkiu2.
Dan terima kasih juga pd Mad yang telah 'ter'belanja hamba kerana memenuhi syarat menemani mcrose untuk dibelanja khas olehnya sempena pemergian puan rose ke oz. Alhamdulillah.
Walaupon hamba tidak meletakkan gambar hadiah2 lain di cni, bukanlah bermakna hamba tak menghargai. Cumanya hamba menghormati tajuk post ini yang membawa maksud, hadiah pertama. Jika berkesempatan, iA akan ada entri buat tuan hamba semua juga, ameen.
Till then, jazakumullahu khairan kathira !

Sunday, December 9, 2012

Manusia Obor-Obor

 
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
 

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
 
 
 
Hidupan di muka bumi ni, ALLAH jadikan bermacam-macam. Dan ALLAH hidupkan kita di muka bumi yang sementara ni, dikelilingi oleh hidupan2 itu, untuk menguji kita juga.
 
Kalo menjadi ikan, adelah obor-obor yang berbisa, sotong kurita yang lemah gemalai, tak kurang dengan ikan yu yang tidak segan menelan mangsa. Dalam setiap ekosistem (sistem hidupan; cara hidup dan jenis benda hidup yang saling berkait dalam suatu kawasan, contoh - laut, paya bakau, sungai etc) memang ada organisasi tersendiri.
 
Sebagai contoh, kalo tuan hamba kerja opis sebagai kerani, tuan hamba ada bos besar, bos kecik, mat saje n minah saje yang perasan bos. Normal. Itulah kehidupan.
 
Unik dan tersusun nya alam secara fitrah dan mengikut tetapan ALLAH, di laut juga samalah. Bos besar katakanlah paus, kecik skit, ikan yu, kecik lagi ikan kembung. Kecik lagi, bilis lah. Kalo nak lagi kecik, ade zooplankton bla bla bla, that consume pengguna primer iaitu pyhtoplankton bla bla bla. Mereka ni saling makan memakan lah. Normal la kan. Kalo tak, tak seimbang la laut.
 
Kita tak boleh nak marah. Memang ALLAH jadikan begitu. Kalo yu tak makan kembung, nanti kembung banyak. Kalo kembung banyak sangat, nanti kembung makan habis ikan bilis cane? Tak merasa nasi lemak lah kita. Ye dak?
 
Dalam hidup yang harmoni dan saling berkejaran mesra ni pon, kekadang ada yang dengki kan! Senyap2 datang sengat kita. Luar nampak lembut kemain. Kalo di laut, obor-oborla macam tu. Kalo kat darat ni, ade jugak makhluk macam tu. Hamba kategorikan makhluk darat itu sebagai manusia obor-obor.Cakap pon lembut gigi dari lidah. Time nak mintak tolong, kemain lagi senteng lehernya. Tapi bila dah dapat apa yang dihajatkan, layanannya pada kita, ya ampun!
 
 
Obor-obor tuan hamba, memang cantik. Lemah gemalai. Jauh nampak lembut, dekat pon nampak lembut. Tapi kalo dah kene sengat! Sekali jumpa tak tahu lagi. Dah berkali-kali, naudzubillah. Inilah kehidupan. Nak lari, dia pandai berenang. Jadi pi mai pi mai tang tu. Solutionnya, buat derk je lah (tangan ke bahu, mata ke atas).
 
Kalo takde orang macam ni, boring jugak. Takdek mende nak mengadu kat ALLAH, kan?

Tuesday, December 4, 2012

Hijrah Sampai Seru

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
 
 
Alhamdulillah satu penghijrahan besar buat hamba dan suami pada 1 Muharram 1434H yang lalu. Detik ulangtahun kelahiran hamba telah menjadi detik ulangtahun perkahwinan kami pd level sifar. Semoga terus berkembang mengikut fitrah susunan Illahi.Ameen.
 
Thank u ALLAH for sending me the dayangss dan kesempatan untuk mengadakan majlis yang kecil ini. Dan thank u everyone for the presents. Tis lil picture below is to menggambarkan the whole suasana on my wedding day, alhamdulillah, tsumma alhamdulillah!
 
More stories to be updated soon inshaALLAH, till then, assalamualaikum!





 

Sunday, November 4, 2012

Jika Sudah Sampai Seru Part I


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian

 

Tuan hamba,
 
Kita sering terfikir, siapakah nanti bakal suami. Apakah jantina anak pertama? Dimanakah kita akan berbulan madu?
Tapi kita sering alpa, bahawa kita pasti akan menjadi bakal penghuni kubur. Bakal didoakan anak yg soleh, jika soleh? Bakal bertemu malaikat maut?
Bersuami atau isteri, belum tentu sempat. Beranak pinak, belum tentu sempat. Berbulan madu, barangkali takkan merasa. TApi mati? MATI ADALAH PASTI!
Orang selalu berkata, alahai serinya pengantin. Tapi hikmah ALLAH merahsiakan ajal, orang takkan menegur alahai berserinya bakal tetamu ALLAH? Owh itupun jika ALLAH sudi bertemu?
Untunglah orang yang sudah jejak ke tanah suci. Orang kata, sekali pergi mahu lagi. Sering, orang muda berbicara tentang nikmatnya cinta. Dicintai dan mencintai. Owh alangkah indahnya jika kita dapat merasa cinta ALLAH yang sememangnya sedang mencinta ini?
Orang sering bertanya, berdebarkah ingin menjadi raja sehari? Apa perasaan? Benar soalan itu akan datang. Tetapi semua itu membawa hamba pada satu soalan yang bagi hamba lebih penting, bagaimana agaknya jika kita tahu tarikh nyawa kita diambil? Sepertimana kita tahu tarikh kita akan disatukan dengan belahan hati? Berdebarkah? Perasaan yang bagaimanakah? Bersediakah? Bukan sekadar menjadi isteri, tetapi bersediakah menghadapi ALLAH?
Ibunda hamba yang terchenta sering menegur, menarik muka jika hamba berkata, “Ma, nanti kene sediakan kapan siap2 di rumah, takut nanti jika meninggal kalut pulak”. Kata ma, “kakngah ni sekadar terkejut terima berita kematian, kan?” “Tapi ma, kematian itu pasti..”
Tuan hamba, kematian itu PASTI.
Entah kenapa, airmata hamba mengalir saat ini… Hamba berdoa agar hamba sempat menjadi isteri. Ingin benar merasa menjadi ibu. Ingin benar menabur bakti buat ayahbunda yang tak pernah terbalas budi mereka.  Ingin benar menjadi saudara yang bersama merisik hidayah dan ampunan ALLAH. Juga ingin menjadi bidadari yang taat buat suami. Dan disebalik semua doa ini, hamba ingin benar menjadi ketua bidadari yang melayani suami hamba di syurga nanti.
Tuan hamba sidang pembaca sekalian, aminkanlah doa ini, semoga kita semua diberkati ALLAH dan semoga kita semua sentiasa diberi debaran, dalam menghadapi mati.
 
Demikian, sebuah nota hati, seorang-  inshaALLAH - bakal isteri. Noktah.

Saturday, September 29, 2012

Seulas Sireh Berhias



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,





Sekeping daun sireh, banyak padanannya.

Sekeping daun sireh, dipetik sehelai, disapu lembut di kain sarung batek lusuh bercorak bunga teratai.

Sekeping daun sireh, diputar balik beberapa kali, terus digesek di kain sarung itu yang hitam coklat hampir kelabu, lusuh disiram mentari sambil memunggah mencurah air ke batas terung.

Sekeping daun sireh, diusap dengan tapak tangan tua, keras dimamah usia. Berurat kasar, berbonjol-bonjol tanda kuat bekerja. Sawang di daun sireh disapu pantas, dipastikan tiada.
 
Sebiji buah pinang jeruk dicedok keluar dari tempayannya. Busuk. Kulit kuning kemerahan dikopek, dan biji pinang mulus tanpa kulit dan hampas mula diracik. Busuk jeruk kian hilang. Urat-urat bunga buah pinang dipandang berseni. Diracik perlahan menurut coraknya.
 
Jari tua terus bekerja. Kapur putih suci digaru-garu dalam bekasnya. Dicolek sekali, diusap rata.
 
Gambir keras tidak dilupa. Dipatah kecik-kecik, ditabur di muka sireh yang kini comot berbedakkkan kapur.
 
Jari tua melipat sekeping sireh. Dilipat bersayap, kanan dan kirinya. Dilipat hujung dan kepalanya. Dilipat dua. Dipatah-patah. Berkeriut bunyi rapuh daun sirehnya.
 
Sekeping sireh, kini jadi sesuap jajan. Dihayun terus ke mulut mengunyah tembakau. Merah. Sampai ke gusi. Sambil mata dilempar ke tengah bendang. Silau disinar mentari cemburu. Sambil hidung kembang kempis menghidu bau selut di kubang kerbau. Sambil anak rambut yang terkeluar dari serkup jarang-jarang di elus angin yang malu-malu bertiup. Sambil telinga menangkap bunyi motor berpergian mengambil anaknya pulang. Mendengar kokok ayam betina menghambat anak mematuk pasir. Sambil menongkat lutut di pangkin di tepi rumah, menghadap jalan ke kebunan.
 
Biar gigi berkarat. Biar gusi menahan geli kunyahan sireh. Biar pedas. Biar pahit.
 
Yang pahit itu jadi penawar. Yang pedas itu jadi pengubat duka.
 
Seulas sireh, pedas sekali. Apa yang pedasnya? Sirehkah? Ulas pinang kah? Kapur kah? Gambir kah?
 
Begitulah hidup.
 
Sebak rasa dada. Tapi entah kenapa. Dari mana punca masalah.
 
Namun sebak itu, akhirnya menjanjikan bahagia.
 
Seperti sireh, akhirnya terase indah dinikmati mulut tua yang kesunyian.
 
 
 
Noktah.

Wednesday, September 19, 2012

Bila Terasa Rindu

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Hati bercampur baur. Mcrose is leaving. This office will be empty, no more laugh and tears.

Yoe is also leaving soon, aye? 

Am looking to my sides, and will have no one to comfort me during my gloomy days.

But ALLAH is watching me, and has lend me a shoulder to cry on, how lucky I am! You know who you are! Thanks,  you!



Am looking forward for the bright days ahead.

Am looking forward to the transition day.

Am looking forward to become someone new.

Am looking forward to learn something else.

Am looking forward to leave the "insects" thingy behind.

Am looking forward to finish everything and MERDEKA!



ALLAH please make me strong! I need YOU! 

Yes, i need YOU the most!




Tuesday, September 4, 2012

"Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegak"


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca sekalian,

 
Seringkali hamba kecundang dalam membuat keputusan. Se-rasanya ingin menulis. Namun bimbang juga jika terbongkah bata mempamer kisah peribadi yang tidak sepatutnya hamba luahkan di medan bahaya ini. Heee

Justeru, bila ditanya sepotong pepatah, terfikir juga hamba. Sementelah suka benar hamba mengarut2 menulis, ape kata kita ilmu-kan diri hamba, dan tuan hamba juga, dengan memperkaya gedung tahu dengan menambah simpanan pepatah dan peribahasa.

Wahhh keles gitu. Kelas Pepatah.

 

Tiadalah berpatah madah juga niat hamba. Sekadar berkongsi jua dengan tuan hamba.

Antara ciri pemimpin yang hamba idamkan ialah seorang pemimpin yang “condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegak”.
Tuan hamba tau maksudnya? Hamba pon tak tau, ngee

Hasil gugelan, maknanya ialah pemimpin yang boleh diharap. Sebagai contoh, kalaulah ade abang long di rumah, maka dialah yang kita harapkan jika ayahbonda sudah tua. Bila adik2 condong, beliau lah yang menongkat jangan di-beri jatuh. Memberi semangat. Membantu dalam kesusahan. Menolak senang sendiri supaya yang lain tidak merasa susah. Berkongsi sedikit2. Biar sama merasa. Bukan makan sorang. Contoh-nya begitu lah.

Senang-kah tuan hamba ketemu dengan pemimpin begini? Zaman wang kertas dan besi seperti sekarang barangkali sudah kurang. Lainlah zaman bertapa di gua dahulu.

 

Ps: macam pernah je (*_*)
 

Wednesday, August 29, 2012

Apa Kerja Kita?

 
 
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
 
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
 
 
 
Ada seorang hamba ALLAH. Bermotor ke sana ke mari. Bajunya selalu warna sama. Barangkali bajunya seperti itu ada beberapa.
 
Corak-corak merah biru pada bajunya. Kasut berkilat, tetapi kabur juga dihias habuk yang singgah tidak dipinta. Motor merahnya selalu dibawa perlahan. Tidak mengejutkan. Tidak membahayakan.
 
Figure badannya sederhana. Selalu tidak dapat dilihat rupa parasnya. Rasa hamba dia selalu menunduk. Namun entahlah. Tidak dapat pula diagak dengan tepat. Sementelah helmetnya tidak pernah dibuka.
 
Dibalik cermin gelap itu, barangkali ada sebentuk wajah sayu. Entah kenapa, satu pandangan yang bukan disengaja. Pagi ini hamba terus juga menoleh ke lain. Tetapi hati hamba mula mengagak2. Kelibatnya kelihatan ikhlas. Dari balik cermin gelap itu, bagaikan terlakar sebuah senyuman yang disulami perasaaan bersalah. Bersalah kerana terpandang ke arah "customer"nya. Sedangkan kotak merah di pagar itu jugalah sasaran sebenarnya. Dari balik cermin gelap itu, bagaikan terpancar cahaya dari sepasang mata yang kelihatan gundah. Menunduk dan berlalu. Memecut motornya. Laju. Tidak seperti biasa.
 
Dari dalam hati ini, bagaikan berdetik, hamba ALLAH ini bukan orang biasa. Gayanya. Caranya. Dari dalam hati ini, terdetik lagi. Mukmin ini ada pelbagai pekerjaannya. Dan yang ini. Posmen mukmin sepenuh masa. InshaALLAH.
 
 
 
Rasa selamat jika dikelilingi tukang kebun yang mukmin. Rakan sekerja warga pendidik yang mukmin. Pegawai tadbir yang mukmin. Tuan rumah yang mukmin. Tuan kedai runcit yang mukmin. Tuan kedai barang basah yang mukmin. Pekerja 7 E yang mukmin. Makcik goreng pisang yang mukmin. Jiran-jiran yang mukmin.
 
Tetapi adakah itu cuma sebuah impian. Apakah hamba seperti Mat Jenin yang memaksa diri bermimpi dengan tidur di siang hari?
 
Saraf-saraf fikirku, bergeraklah walau sedikit!
 
 

Tuesday, August 28, 2012

Chenta Baru Saya

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian, 


I am all alone, when i read something on the screen, and I realized drop of tears on my cheek. 

It is something that I asked for. My own fault. No one else to be blamed. 

But again, it could be the tears of happiness, because I bought a NEW HANDBAG yesterday, and I love it so much! heee

Thank you  ALLAH!

Saturday, July 28, 2012

Sang Pendengar Setia..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Sekadar perkongsian pantas sebelum menapak ke pasar mencari bahan basah.
Senang jika tuan hamba ingin menguji keikhlasan seseorang dalam bersahabat atau berteman. Ceritakan padanya kelemahan tuan hamba, dan lihat bagaimana dia bereaksi.

Jika reaksinya menjadi lain dari biasa, menjauh, tidak ambil kisah, mungkin juga dia bukan senarai orang untuk diceritakan kisah sedih dengan. Silap-silap haribulan dia sedang berura-ura meninggalkan tuan hamba. Sebagai contoh, jika dia konon-kononnya bakal pasangan tuan hamba, barangkali dia sedang mengumpulkan maklumat calon yang baru, mungkin, haha.

Oleh itu, jangan mudah mengatur kisah sedih dengan mana-mana manusia. Jika manusia ingin berlalu pergi, dek kelemahan yang tuan hamba ada, relakanlah. Itu lebih baik. Persilakan- lah dengan senyuman.

Dan ALLAH maha Mendengar, bukan? Reaksi ALLAH tidak pernah mengecewakan. DIA tidak melayan kita berbeza, walau kita mungkin jatuh miskin di mata manusia. Oh ALLAH, cinta sebenar hanyalah pada ALLAH, yang paling dirindui untuk bercerita ...


Tuesday, July 24, 2012

Secawan Kopi Pahit

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Tertarik dengan pembacaan ini yang telah lama di kopi pasta-kan. Barangkali bermanfaat untuk yang membaca. Tidaklah juga ia melambangkan diri hamba. Melainkan untuk berkongsi jua. Salam Ramadhan!



Isteri A berkongsi, sebagai seorang student yang berjumpa suami jarang-jarang...
"Dah lah jarang berjumpa, bila jumpa, suami tak tanya pun khabar saya.." luah isteri ini yang baru sebulan dua bernikah.
"Suami tahu tak...?" tanya saya.
"Takkan itu pun nak bagitahu...?" jawabnya.

Isteri B pula berkongsi, banyak perkara-perkara 'kecil' yang dia suka suaminya lakukan.. Antaranya,
"Bila keluar pergi kerja, saya suka kalau suami cium dahi saya.."
"Suami tahu tak..?" tanya saya.
"Malulah nak bagitahu..."jawabnya.
Saya bukanlah orang yang arif lagi berpengalaman luas tentang pernikahan, apatah lagi pernikahan sendiri yang baru mencecah usia dua tahun. 'Masih belum menghadap realiti', kata sesetengah orang. Biasanya, setahun dua usia pernikahan dikatakan masih di fasa 'honeymoon', jadi masih banyak perkara yang kita tidak nampak dan lalui.
Saya hanya kongsikan tentang persediaan pernikahan di sini berdasarkan apa yang telah dilalui dan dari pengalaman teman-teman lain yang juga telah berumahtangga.



Jangan abaikan perkara kecil
     "Perkara kecil" seperti tanya khabar 'Sayang apa khabar?' dan 'sepotong ciuman' ini adalah antara perkara yang perlu dikomunikasikan, jika tidak hal yang kelihatannya kecil ini perlahan-lahan memudarkan cinta di hati pasangan. Isteri rasa tidak disayangi, padahal banyak lagi kebaikan dan bentuk kasih sayang suami padanya.


Belajar bercakap
     "Saya banyak belajar dari perceraian ini walaupun perit.. Di awal-awal perkahwinan dulu kami terlalu sibuk dengan kerja, hingga banyak perkara tidak sempat dikomunikasikan dengan baik. Kami selalu berselisih pendapat..." luah seorang isteri yang berakhir pernikahannya setelah 3 tahun bersama.
     "Belajar bercakap..." maka itulah jawapan saya apabila ditanya 'Apakah persediaan sebelum bernikah?' oleh seorang teman yang bakal menginjak kaki ke alam pernikahan.
     Kembali kepada 'belajar bercakap', bagi saya ia teramat penting. Bahasa modennya, berkomunikasi.
Sangat-sangat penting. Walau sibuk bagaimana sekalipun, tidak ada kesempatan untuk berdua menatap muka, jika kita ada masa untuk sms client tentang urusan yang berkaitan, untuk emel report dan segala dokumen lain atas urusan kerja, maka gunakanlah segala teknologi ini untuk menyusun seindah bicara mengkomunikasikan harapan dan kehendak pada pasangan. Untuk meneguhkan rumahtangga dalam pelayaran hidup yang sementara.



 
Bangunkan komunikasi
     Sebelum bernikah, ada di antara kita yang begitu 'menjaga', hingga komunikasi tidak dibangunkan. Atau minima sekali. Tidak berbincang dan tidak ada perkongsian tentang apa dan bagaimana kehidupan suami isteri yang diharapkan.
     Ada pula yang 'tidak menjaga', terlebih komunikasi – ungkapan rindu sayang bertali arus, hingga komunikasi menjadi begitu intim mengalahkan intimnya komunikasi suami isteri. Malah komunikasi yang keterlaluan membuka hati dan perasaan pada hubungan yang terlarang.
    Maka sebelum bernikahan, kita berusaha membangun komunikasi yang pertengahan, bersederhana. Kuncinya, ittaqilah (taqwa). Secara langsung atau tidak langsung.
     Ungkapkan harapan dan perancangan hidup kepada bakal suami atau isteri dengan kepercayaan dan ketelusan. Kongsikan latar belakang keluarga, kelemahan dan kekekurangan diri seadanya dalam berusaha membina penerimaan dan kefahaman. Luruskan expectations yang meleset dari jangkauan supaya kelak tidak merasa 'tertipu' dengan penampilan luaran pasangan.
     Hal-hal yang dikomunikasikan sebelum dan di awal-awal pernikahan adalah teramat penting dalam menentukan arah tuju kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
     Kita mungkin biasa terdengar, salah satu faktor utama perceraian ialah kegagalan komunikasi berkesan.
     "Komunikasi berkesan... Apakah ini...? Complicated sangatkah?"
     Ya, perkahwinan akan jadi complicated bila kita tidak pandai bercakap. Tidak pandai menyuarakan keinginan dan tidak bijak menyuarakan ketidakpuasan hati tentang rumahtangga dan pasangan.
 
 
Bangunkan keserasian
     Kita susah untuk serasi bersama suami isteri jika tidak tahu bagaimana menyatakan penghargaan dan kekecewaan. Banyak perkara ingin diluah, tidak terluah. Tidak tahu cara yang betul atau memang tidak suka untuk berkongsi. Dan, banyak juga yang tidak sepatutnya disebut dan diungkapkan, telah menjadi ayat dan bait-bait kata yang mencederakan perasaan pasangan.
    Tidak dilupakan juga, lelaki dan perempuan 'bahasanya' berbeza walaupun maksudnya sama. Bukalah buku-buku tentang cara berkomunikasi lelaki dan perempuan.
     Pada lelaki, bukalah 'women's dictionary'.
     Pada perempuan, belajarlah ayat-ayat yang berhikmah lagi berkesan untuk memuji atau menegur kesalahan suami.
     Contoh lain dialog suami isteri:
     "Takde apa..ok je.." jawab si isteri walau mukanya menunjukkan 'ada apa-apa'.
     "Oklah, kalau tak ada apa-apa, abang pergi dulu, kawan-kawan abang dah tunggu..." maka suami pun 'selamba' meninggalkan isteri yang mungkin ada masalah yang ingin diluahkan kepada suami. Isteri menahan sendu dan airmata, suami keluar dengan rasa tenang hati kerana merasakan 'semuanya ok, tak ada apa-apa'.
     Wahai isteri, tidak semua para suami itu mampu membaca fikiranmu... Jawablah dengan bahasa yang difahami lelaki.
     Wahai suami, tanyalah penuh perhatian menunjukkan kepedulianmu... Belajarlah sedikit bahasa psikologi seorang isteri.
     Tidak perlu salahkan sesiapa, bukan salah sistem pendidikan yang tidak pernah ajar tentang psikologi pernikahan dan hubungan lelaki perempuan, bukan salah ibu ayah kita yang sering bercakap dengan bahasa yang saling menjatuhkan – lalu kita pun mengikut gaya bahasa sebegitu.. tapi..
     TAPI.. mulakanlah dengan diri kita, yang akan bernikah dan telah bernikah.
     Muhasabahlah cara kita berkomunikasi dengan pasangan, adakah CARA kita bercakap telah membantu menenangkannya, menggembirakan, memujuk, atau CARA kita bercakap sering 'membelasah' dan 'meremeh-remehkan' pasangan walaupun kita tidak berniat untuk meremeh-remehkannya, hingga hatinya terhiris terluka.
     Setelah dua tahun bernikah ini, saya masih belajar meningkatkan komunikasi suami isteri. Selama dua tahun bernikah ini, saya juga telah komunikasikan banyak benda kepada suami. Komunikasi secara berdepan, melalui esemes (SMS) , wai-em (YM), emel dan lain-lain cara komunikasi yang ada...
     Minggu-minggu terakhir sebelum bernikah, banyak pendedahan-pendedahan dari pihak suami kepada saya (bakal suami waktu itu). Beliau secara telus mengungkap pengharapannya kepada saya bakal isteri, beliau juga tidak segan mengkhabarkan kelemahan dan kelemahan diri buat persediaan untuk hidup bersama. Beliau turut menceritakan perancangan-perancangan jangka pendek dan jangka panjang setelah bernikah.
     Ia tidak berhenti di situ. Setelah bernikah, komunikasi itu perlu kita teruskan dengan jujur dan hikmah. Setelah hidup berdua, sebumbung dan sekatil, kita makin mengenali karakter pasangan, kita makin memahami erti hidup berumahtangga.
     Komunikasikan lagi apa yang telah kita dapat dari pasangan dan rumahtangga sejak minggu-minggu dan bulan-bulan awal , apa perkara yang kita syukuri pada ALLAH tentang pasangan, apa perkara yang kita ingin diri kita dan suami perbaiki, duduk bersama suami isteri memuhasabah tentang hubungan suami isteri secara berkala – mingguan dan bulanan.





Mulakan dari awal perkahwinan
     Di awal perkahwinan, menbina keserasian dengan komunikasi ini sangat-sangat penting. Wajib menyediakan masa untuk bercakap dari hati ke hati. Kita sedang membina sistem rumahtangga, kita sedang mencari kesefahaman, kita sedang ingin menumbuhkan penghormatan dan kasih sayang pada insan asing yang telah bergelar suami atau isteri kita.
     Setiap sesuatu sikap dan pemberian yang baik dari pasangan, kita hargai dan berterima kasih. Walaupun ia amat kecil pada kita. Supaya pasangan kita tahu dirinya telah berbuat sesuatu yang baik dan betul sebagai suami dan isteri.
     Setiap sesuatu sikap dan tindakan pasangan yang tidak kita sukai, kita perlu luahkan walau kita bimbang dirinya akan berkecil hati dengan teguran kita. Supaya suami atau isteri tahu, dirinya telah berbuat sesuatu yang pasangan tidak selesa dan tidak gemari.
     Yang boleh diubah, kita perbaiki. Yang memang tidak boleh atau terlalu sukar untuk diubah, kita terima dengan lapang hati. Ketika itulah rumahtangga mampu menjadi medan kasih sayang dan amal bakti setulus hati. Komunikasi yang baik akan melimpahkan keharmonian dan mendamaikan hati dalam melalui ujian dan dugaan kehidupan seharian.
     Sebelum bernikah.. ya, kita tahu di dalam sebuah rumahtangga akan ada elemen kewangan, hubungan intim, mertua-ipar duai, kerjaya, anak-anak, hobi, leisure, aktiviti dan tanggungjawab lainnya... tapi kita hanya akan faham tentang elemen-elemen itu bila ia mula menimbulkan konflik dalam rumahtangga. Bila kita menghadapinya, ketika itulah kita akan mempraktikkan teori tentang pernikahan yang kita tahu.
      Maka komunikasi teramat perlu untuk meredakan dan meluruskan konflik yang timbul.
    Berkomunikasilah... Bagaimana pendapatan suami isteri dan kewangan keluarga dibahagi-bahagikan. Supaya suami isteri tak bersangka-sangka bahawa mereka hanya menghabiskan duit untuk kepentingan sendiri. Supaya suami isteri boleh bersinergi mengukuhkan bajet keluarga.
Berkomunikasilah... Apa cabaran dan kebaikan dalam pergaulan dengan mertua dan ipar duai. Jika tidak suka atau tidak selesa dengan gelagat mertua atau ipar duai, nyatakan secara jelas dan berhikmah pada pasangan. Jangan sekadar buat muka masam mencuka dengan kehadiran mereka yang tidak disenangi, jangan mencela tak tentu hala, namun duduk berbincang suami isteri, apa jalan tengah untuk meluruskan isu ini.. Perjalanan pernikahan kita masih panjang, tidak mungkin mampu kita hadapi jika perbalahan subur sentiasa.
     Berkomunikasilah... Untuk mengindahkan hubungan intim suami isteri, untuk terus menyuburkan cinta kasih sesama pasangan. Harus bagaimana untuk saling memuaskan pasangan, harus bagaimana mencari masa berkualiti untuk bermanja-manja suami isteri sewaktu urusan anak-anak, tekanan kerja dan kewangan tidak pernah jauh dari fikiran.
     Pastinya komunikasi tentang hubungan intim bukan di hadapan anak-anak, bukan sewaktu tengah lapar di meja makan, bukan ketika fokus memandu, tapi ketika ada ruang bermesra-mesra, ketika itulah sedikit-sedikit membina keserasian hubungan seksual. Bukankah ada kajian menunjukkan kadang-kadang bertahun-tahun baru suami isteri dapat menikmati hubungan seksual yang memuaskan...?
     Namun segala isu ini- kewangan, keluarga mertua, hubungan intim dan lain perkara - kuncinya adalah komunikasi. Supaya timbul istilah menzalimi pasangan dalam hak-haknya. Supaya kita dapat mencicip sedikit kebahagian dalam rumahtangga yang kita bina bersama.
 
 
 
Akui kesilapan sendiri, maafkan pasangan SELALU
      Nada bercakap, perkataan dan ayat-ayat yang terungkap dari bibir-bibir kita telah banyak mengguris hati pasangan bukan? Mungkin dengan perkataan-perkataan kita, hati pasangan telah terluka parah atau mungkin kelukaan kecil.
     Maka usah bertangguh dan merasa berat memohon maaf, kenali dan akui kesalahan-kesalahan kita pada pasangan.. Mohonlah maaf kerana ALLAH. Maafkanlah pasangan kerana ALLAH. Saya teringat sebuah pepatah:
"Perkahwinan yang bahagia itu, lahir dari suami isteri yang suka memaafkan."
     Ya, kerana kita bernama manusia tidak berhenti melakukan kesilapan perkataan dan tindakan. Berusaha yang terbaik memperbaiki diri, dan maafkan saja perkara-perkara yang amat sukar diperbaiki.
     Saya rasa seperti baru semalam bernikah, dengan cinta dan rindu yang selalu ada pada suami. Nah, bukan cinta rindu ini sentiasa ada kerana tidak ada konflik, konflik mingguan dan bulanan memang ada untuk kita semua...
     Saya juga perempuan seperti kalian, ada masa duduk di kerusi isteri yang bagus lagi menenangkan dan ada masanya di kerusi isteri yang suka membesarkan masalah kerana mengikut melulunya perasaan...
      Namun bila sering konflik besar dan kecil datang menduga – bila konflik-konflik ini kita luruskan dengan komunikasi yang baik, kasih sayang akan makin berkembang segar. Kita merasa difahami, pasangan merasai disayangi, malah komunikasi yang baik membawa dua-dua suami isteri melalui kehidupan yang damai dan harmoni walau hujan masalah secara berkala menimpa.



"Kepada pasangan suami isteri atau bakal suami isteri di luar sana, selamat memuhasabahkan diri tuan hamba, yang baik jadikan pedoman, yang tidak jadikan sempadan.. ;)"

Monday, June 11, 2012

Ramadhan is coming!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Ramadhan semakin hampir... lagi 39 hari!!! Tuan hamba dan hamba seringkali inginkan Ramadhan ini adalah Ramadhan terbaik dalam hidup kita. Kerana Ramadhan ini, mungkin Ramadhan terakhir .. (-_-')


Jum warming up!

1) Banyakkan membaca berkaitan bulan Ramadhan:
Bukan sekadar niat puasa yang perlu kita tahu. Mahu jadi baik, kan? Jadi, bagaimana? Nak tanya malu, eh? So, jum membaca!

2) Puasa sunat Isnin dan Khamis:
Perut pun makhluk juge, ngee. Jangan kasik terkezut, ajar dia skit2, kasik tahan masa Ramadhan. Jangan bila tiba masa mula lah memberi alasan gastrik etc. Tak kene tu ~ <3

3) Tidur awal dan bangun awal:
Musim-musim bola ni memang payah la kan.. dush2! Berjaga untuk bola boleh, takkan nak bangun sahur susah, kan? heee. Tu tak masuk ngan qiam lagi (pang3!)

4) Tadabur Quran:
Ada orang tu kan, janji kan, nak khatam Quran untuk tahun ni sebelum November, kan?! Ramadhan terbaiklah..lagi2 kalo khatam dengan maksud dan tafsir sekali. Boboi Boy kate, terrrrrbaik!

5) Jaga wuduk:  Orang yang menjaga wuduk sungguh comel! Siyes!

6) Muhasabah diri sebelum tidur:
Thats me! huhu.. Siang2 wat salah, dah nak tido rase bersalah (*_*"), tapi esok wat salah lagi, huhu lagi

7) Sedekah:
Instead of buying things to please ourself, why not kita stop jap and make other people happy. 10 sen sehari pun jadila, buat tabung Ramadhan (susah2 pakai botol air mineral je) n pastikan ade duit masuk setiap hari. Pahala mengalir mengikut kekerapan, bukan jumlah, inshaALLAH! Ikhlas3!

8) Zikir:
Its wen u miss someone that u tend to story mory about that person, kan kan kan? Even orang sekeliling dah nyampah dengar, but u just cant stop urself. Rindu ALLAH tak? Try bukak utube, carik video insaf2 gitew, its about time u will get this indescribable feeling. Try it!

9) Tolong orang:
Kita mungkin menyampah bila orang asek mintak tolong. Orang yang nak mintak tolong pon kenela agak2 kan. huhu. Tapi kan, ALLAH janji berlipat ganda habuan bagi orang yang tolong orang ni tau

10) Hebahkan pasal Ramadhan: Daripada status berlagu rindu...


Ramadhan bulan tarbiyyah! Latihan untuk mengentalkan diri dan iman. Menambah bekal dan takwa. Semoga beroleh ijazah yang berkualiti di penghujungnya. Duhai Ramadhan, sungguh hamba rindu...

Sunday, June 10, 2012

"Hendak 1000 Daya"




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Tulisan ini... janganlah disalah erti-kan.

Antara dua jiwa manusia, yang berbeda. Pasti akan berbeza.

Kerana yang berbeza, bukan sekadar jiwa.. Tapi mungkin rasa, kemampuan dan ketaklukan. Kerana itu, katanya.. untuk saling melengkapi.

Antara dua jiwa manusia, yang sedang menguji diri sendiri. Untuk bersedia. Untuk menjadi sebaiknya. Untuk cuba patuh, untuk mencapai redha..

Dan jiwa an-nisa', yang sering rapuh. Sering terluka. Sering berubah tatkala ombak menghempas pantai. Sebuah hati yang perlukan bimbingan. Sebuah hati yang dikuasai perintah ayahbonda, tatkala belum bergelar isteri..

Dan jiwa an-nisa', yang sanggup merayu pada ayahbonda untuk melonggarkan tali yang diikat pada kakinya, adalah an-nisa' yang barangkali kehilangan cebisan hatinya. Seorang an-nisa', yang melangkah dari rumahnya, dengan doa ayahbonda yang berat di hati. Yang merelakan, dengan syarat yang ketat, demi memenuhi permintaan anak gadisnya. Yang bersedia untuk diconteng arang. Yang bersedia untuk dicemuh, dihina.



Dan ar-rijal, yang memandang semua itu dengan sebelah mata. Yang memandang semua itu tiada salahnya. Kerana jiwa ar-rijal, bukanlah seperti jiwa an-nisa'. Kerana mereka berbeza..

Jika benar sang ar-rijal mendambakan kasih an-nisa', maka biarlah hendak seribu daya..

Dan retaklah hati an-nisa', melihat bukti bakal imamnya sengaja mencipta alasan-demi-alasan. Yang membuat hati an-nisa' goyah, dan mempersoalkan pagar teguh yang dibina ayahbondanya. Ternyata, an-nisa' lebih bodoh hakikatnya.

Duhai ar-rijal.. jika hendak, biarlah seribu daya!

"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." An-nisa',34.






Wednesday, June 6, 2012

Layankan-aje-lah!



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Manusia tidak akan pernah berpuas hati dengan manusia lain. Kecuali manusia yang memandang orang lain sama taraf dengan-nya~ sebagai hamba ALLAH di muka bumi yang tidak kekal ini. Jadi sebagai manusia yang cintakan ke-aman-an, "layan-kan-je-lah.."





Semoga ALLAH beri kekuatan kepada telinga untuk menapis tohmahan pahit, kekuatan pada mulut untuk meluah bisa, kekuatan pada otak untuk menuras sangka, dan kekuatan pada hati untuk membalut luka.. Hati, ok?

Friday, May 11, 2012

Harapan menjadi Layu

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Bila menginjak dewasa (atau kurang sedap disebut tua), mata makin rabun, ingatan kurang kuat, selalu ingat-ingat lupa. Mudah hilang fokus dalam pembelajaran. Dan barangkali lebih cepat tertekan dengan arus kehidupan yang selama ini tidak memberi kesan.

Bercakap mengenai penyakit lupa, barangkali juga kita mudah lupa dengan warna kegemaran sendiri. Bila ditanya seorang teman, hamba sudah berkira-kira untuk menggoreng jawapan. Namun gorengan itu dikhuatiri menjadi tipuan, lalu hamba berfikir keras untuk menentukan warna yang betul2 hamba sukai. Hehe, manusia, dan penyakit lupa. Semudah itu!

aww~ they look so sweet together :(
Ironinya, semasa hamba mengklik2 sesuatu di laman sesawang yang luas, bagi menajamkan deria detektif Conan hamba yang sudah berkarat, hamba terpandang sepasang merpati 2 sejoli. Menjadi penyeri di majlis kenduri. Kemeja batik bertanah coklat bercorak putih, dengan pasangannya juga berpakaian rona sama. MashaALLAH cantik sungguh. Jadi, hamba teringat, barangkali hamba suka warna coklat...

Laman sesawang itu luas kan, terkadang kita rasa kita lupa, tetapi kita bangun sebaik terpandang kenangan lama. Terkadang kita rasa kita tidak mempunyai kaitan dengan seseorang. Tetapi dunia ini kecil. Kemana-mana kekadang terjumpa dengan tiada sengaja. Dengan izin ALLAH jua..Petunjuk tentang sesuatu, barangkali..Petunjuk supaya yang lupa akan waras. Yang tidak tahu akan ter-ketuk dengan sendirinya. Mula mengangkat dagu, memandang langit biru. Tidak lagi mahu  terus tunduk dan tertipu dengan kicauan burung berlagu riang. Rupa-rupanya hari mahu hujan. Musnahlah harapan mahu menyidai kain di jemuran. (hamba sudah mula ber-entah-ape-ape)

Justeru, dikongsikan bersama tuan hamba sekalian, doa elak penyakit nyanyuk ini agar ia berguna untuk kita, inshaALLAH. Harapnya dapat diamalkan selalu terutamanya setiap selepas solat. Semoga bermanfaat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
سَنُقْرِئُكَ فَلاَ تَنْسَى
Surah al-A ‘laa: 06




Saturday, March 17, 2012

Kopi Pagi yang Manis!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,




Just a quick thought before I start my day!




Rasanya waktu terbaik untuk meluahkan rasa hati, atau mimpi semalam ialah waktu pagi, kan? So hamba rasa waktu breakfast adalah waktu terbaik untuk di-spend-kan bersama yang tersayang, and ofkos bila berjauhan dari keluarga, kawan2 lah yang pertama dicari untuk sarapan bersama. Kenapa?




Pertama: Sebab sarapan itu penting! Penting untuk orang mau kurus, dan juga orang mau gemuk, dan juga orang mau bijak, ngee. Bekalkan tenaga untuk diri sebelum memulakan hari tuan hamba. Kalo puasa sunat, sila-lah sahur,sahur tu kan sunnah ;)




Kedua: Waktu pagi ialah waktu sebelum diberi tekanan oleh bos, oleh suasana tempat kerja, oleh bising enjin kereta, oleh kelam asap motor, oleh kesesakan jalan, oleh bebelan atau nasihat yang mungkin tidak diperlukan dan oleh fail bertimbun di meja. Jadi waktu itu ialah waktu paling neutral, tanpa asid atau alkali berlebihan. Justeru, perasaan dan hormon masih stabil. Sebarang gurauan tidak meninggalkan kesan mendalam sepertimana gurauan ketika balik kerja, atau gurauan ketika lapar :)



Ketiga: Mamai. Baru bangun. Mimpi masih segar. Atau mungkin sudah berlalu ketika gosok gigi. Mata sudah terbuka tapi otak masih gear 1. Keadaan terbaik untuk mendaki bukit, untuk memulakan hari tuan hamba.




Keempat: Wajah pertama di pandang selepas bangun ialah wajah sewaktu duduk di kerusi dan bersarapan. Kalo sarap di kedai, sudah tentulah wajah adik yang amik order terkecuali. Unless hati tuan hamba tidak setia! (sendiri mau ingat :P). Jadi, mengadap wajah pertama yang belom meninggalkan isu pada permulaan hari yang baru, adalah wajah yang mungkin akan dikenang sehingga penghujung hari. Wajah yang memberi motivasi. Meninggalkan sentuhan inspirasi. Sebab itu anak-anak yang disediakan sarapan oleh ibunya tidak sabar nak balik dari sekolah. Siapa yang anak-anak tersebut nak jumpa dulu? Harusla mama-nya kan? Seorang suami yang dituang teh oleh isterinya setiap pagi, berkemungkinan besar terfikir nak lunch di rumah?


Kelima: Waktu pagi adalah singkat. Kalo breakfast kul 10.30 itu sudah dikira brunch, bukan lagi breakfast. Jadi, kemungkinan untuk borak sehingga tahap membuang masa adalah kecil. Jimat masa, tambah rasa cinta, tidak sempat melibatkan umpatan dan fitnah! Sweet aye?




Keenam: Jika bukan waktu ini, untuk mencurahkan perasaan hati, waktu bila lagi, kan? Balik malam mungkin anak-anak sudah tidur. Isteri kepenatan. Lama-kelamaan hubungan kekeluargaan menjadi hambar. Jika belum berkeluarga, rumah yang didiami bersama ahli rumah yang lain bertukar menjadi hotel. Jumpa seminggu sekali. Tidak seronok pula gelaran ''hosmet'. Dek renggangnya suasana, hati mula berbisik iri. Pelbagai ragam dicungkil, sedangkan itu cuma mainan jiwa yang sudah lama tidak bicara sesama sendiri..




Dan barangkali ada lagi sebab-sebab yang lain yang menekan-kan tautan ukhuwwah yang istimewa di waktu pagi. Semoga sarapan istimewa bersama yang ter-istimewa tidak pula mencacatkan waktu bekerja yang diamanahkan ALLAH (unless datang lewat dan pulang malam, heee). Apa gunanya jika mengeratkan hubungan sesama manusia, tetapi sehingga mengabaikan hubungan dengan ALLAH, kan? Muhasabah untuk diri hamba yang serba kekurangan jua...

Tuesday, March 13, 2012

Apa nak jadi?

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,










Secangkir teh tarik yang heaven. Walaupun sudah sejuk namun dihirup dengan penuh nikmat.



Skrin berwarna yang memancarkan cahaya terang. Terpampang laman muka buku yang dijadikan tatapan saban waktu.




Bar coklat yang sudah digigit separuh. Coklat susu dengan kacang badam namanya.



Alat kawalan penghawa dingin di depan mata. Ditekan suis buka dan tutup bila dingin menggigit kulit.




Timbunan kertas putih berdakwat hitam di bawah siku sebelah kiri. Dijeling sekilas. Tidak ghairah memandangnya lagi. Hati harus tertutup untuknya seketika.




Dan sebuah kalendar berdiri teguh di atas rak hitam yang penuh berisi kertas in-out. Kalendar itu ditenung penuh perasaan. Apa akan jadi? Apa akan jadi?


Saturday, March 10, 2012

the other half?

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Dikongsikan... (kacau kopi bersama gula, rebus pasta dalam periuk)







Ciri-ciri Calon Pilihan Suami Yang Baik Menurut Islam

by Sofea Aisyah



1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:



"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."


Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang dia(suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepadaisterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga. Maknanya lelaki yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.



2. Tidak Dayus, sanggup menjadi pembela isterinya. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.




3. Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.




4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. Bukan dari jenis lelaki yang tidak bertimbang rasa, yang sentiasa memerintahkan isterinya itu dan ini tanpa mengira isterinya sakit atau kepenatan.(Bukan juga jalan kepada isteri itu untuk mengsambil lewakan layanannya kepada suami itu.)



5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.



6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha. (Sebenarnya secara peribadinya saya tidak berapa setuju dengan pendapat ini, kerana saya pernah berjumpa dengan kisah ini:[ Khadijah ra. membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: "Wahai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak maupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau ridhoi !"
Dan sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan". (Adh-Dhuhaa: 8)] Dan seperti yang kita ketahui juga Khadhijah ra. telah menghabiskan hartanya demi membantu suaminya(Rasulullah s.a.w) dalam menegakkan Islam ini. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ disini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata. Dan menghabiskan harta isterinya dalam jalan sia-sia dan syahwat pula.)



7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.



8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.




Inilah serba sedikit pendapat-pendapat yang sempat saya kumpulkan. Tetapi apa yang lebih utama dari segala hujah itu tadi ialah Agamanya. Pilihlah yang beragama dan teguh dengan pegangan Islam ini. Tidak mengapa jika calon suami itu terkurang sedikit dari segi keduniaannya, tetapi lebih dari segi agamanya. Namun dalam mencari cirri-ciri suami yang baik itu, mari kita lihat juga ciri-ciri isteri yang baik itu bagai mana pula. Kerana tidak adil mengharapkan Allah menjodohkan kita dengan seorang lelaki yang baik akhlaknya sedangkan diri kita sendiri sangat memandang mudah pula pada yang demikian. Kerana Allah akan menjodohkan kamu sesuai dengan dirimu sendiri itu bagaimana.




“Lelaki yang berzina tidak dinikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu tidak dinikahi melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Demikian itu terlarang kepada orang yang beriman.”(An-Nur,3)

Sunday, February 12, 2012

Kisah Jiran Saya

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,





Owh sedikit omelan mengenai entri di bawah, hari ini satu lagi episod penghamburan kemarahan. Ya ALLAH, kalaulah dia melihat bagaimana sarkastik wajahnya itu. Ya ALLAH, semoga Engkau tunjuki dia kesabaran dalam semua perkara.

Hakikatnya hamba tidak perlu berkecil hati. Dia bukanlah tuan jauh lagi pemimpin hamba. Malah dia juga seorang hamba. Dia sekadar jiran, yang ada padanya adab-adab yang perlu dipenuhi.

Kalaulah dia juga menjaga adab sebagai jiran, tidak menghamburkan larva gunung berapi nya dengan mudah kepada hamba. Dan terdetik juga, kenapa asyik hamba juga lah yang terkena tempiasnya. Hamba melangkah dengan keyakinan dan kegembiraan, bertanyakan padanya tentang sesuatu yang biasa dia lakukan. Hamba kira hamba ingin menyumbang. Ya, hamba menyumbang. Menyumbang kemarahan pada sesuatu perkataan yang barangkali silap hamba ungkapkan.

Intonasi itu. Kata-kata itu.










Sabarlah hati. Dia kan hamba juga :)

Tuesday, January 10, 2012

:-(

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


I am so tense,desperately need to calm down. I just hate that mad look of someone,those hatred and those accusations were so so unexpected. I hate when people mad at me.It's embarassing and i can feel that on my cheeks til now. I can only survive by stepping away from him, ALLAH please guide me,ameen. . .

Tuesday, January 3, 2012

Penyambut Tetamu

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Sepetang suntuk hamba menjaga "exam" semalam, naik kematu tumit hamba. Rase nak berkaki ayam pon ada. Tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar ~:-)

Jadi pengawas exam ni dah jadik macam penyambut tetamu pulak. Kene pergi lebih awal 30 min. Berdebar rase menunggu yang ditunggu tak datang2, tapi bukan setakat tu je. Macam biase la angkut-mengangkut dan edar-mengedar sebagai latihan menguatkan otot.

Bila je pintu besar terbuka,maka berdirilah hamba di situ sambil tersenyum. Depa yang kurang kesedaran sivik selamba je datang dan bertanya di mana letak mejanya. Okay,rase pelik itu tetapi semuanya terhapus kerana mereka memanggil hamba puan! haha rase lucu tapi rase matang.

Maka bertambahlah azam selepas itu,iaitu untuk menjadi lebih matang. Semoga berjaya.Amin.

Owh dan kepada mereka yang meniru dan bercadang untu meniru, agak2 la kan,walau pon 'penyambut tetamu' ni reti senyum je,tak semestinya kami ni tak ada mata dan telinga ye! haipp