Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Bulan madu itu bukanlah bermakna bulan tertentu yang bersimbah madu. Walhal bulan madu patut ditukar kepada hari-hari madu, supaya setiap hari terasa seperti bulan madu. Jika bulan madu itu sebuah bulan dalam setahun, maka patutkah diganti dengan September?
Bulan madu, biasanya dikhaskan kepada pasangan baru berkahwin. Padahal bulan madu sesuwai untuk seisi keluarga, bagi mewujudkan rasa manis dalam ikatan kekeluargaan itu. Walhal madu memang digalakkan diminum sesudu setiap pagi untuk anak-anak, bagi meningkatkan kekuatan ingatan.
Untuk ber-Bulan madu, tidak semestinya menjejak bulan. Walhal madu boleh didapati di mana-mana dewasa ini. Kerana kesedaran untuk makan madu yang merupakan penawar penyakit turut dinyatakan dalam Al-Quran.
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan.”
(An-Nahl: 69).
Di kawasan kejiranan rumah ayahbonda hamba di Kg. Tok Lebir Beta, juga boleh didapati madu kelulut (jugak sejenis madu --- beza ngan madu lebah? hmm entri lain lah kot).
Bulan madu, tidak semestinya mengambil masa sehingga sebulan tempohnya. Walhal, sehari juga boleh. Kerana jika berbulan madu sehingga sebulan, maka nantinya akan jadi "Habis Madu, Sepah Dibuang" pula. Agak-agaklah dalam berbulan madu, berminggu madu atau berhari madu. Kerja jangan dilupakan. Kumpullah modal untuk hari madu di bulan berikutnya, supaya hidup manis sentiasa, inshaALLAH.
Bulan madu, tidak semestinya menaiki "Apollo". Kapal terbang pon boleh. Berkereta juga tidak mengapa. Jalan kaki juga tidak salah. Kerana bulan yang dimaksudkan bukanlah si bulat kecil di angkasa raya, melainkan sebuah metafora yang melambangkan keindahan cahaya nya jua. Tidak guna minyak pun tidak mengapa.
Bulan madu punya matlamatnya. Setiap sesuatu bermula dengan niat. Niatkan lah agar bulan madu yang dimaksudkan mengeratkan hubungan, melegakan tekanan kerja dan dipenuhi dengan komunikasi berkesan. Jika berbulan madu ke hutan, janganlah asyik berbisik dengan pokok. Jika ke sungai, janganlah asyik merenung air. Jika ke langit, janganlah sibuk terbang di awan. Biarlah pulang dari bulan madu, membawa kesefahaman. Azam baru dalam membina keluarga. Chewaah, macam orang lama pula.
Ibarat kata, kalo sama meredah hutan, biar sama terkena duri. Baru sama tau bagaimana erti perit. Kalo sama menyelam di laut, biar sama melihat karang. Baru sama tahu indahnya air. Kalo sama 'berbeli tingkap', biar sama berhabis duit. Baru sama-sama tau ertinya pokai.
Kesimpulannya, berbulan madu itu boleh diaplikasikan bila-bila masa, di mana-mana saja. Bersama siapa-siapa yang halal bagi tuan hamba, berserta kan matlamat yang diredhai ALLAH.
Jadi lepas-lepas ni, nak update pasal hari madu lah kononnya. Ini-lah mukaddimahnya. Heee.