Monday, December 21, 2009

Petua Mencuci Hati

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Petua Mencuci Hati


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: ‘Ya Allah, jadikan hatiku bersih.’

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah ‘Qulhu-allah’ sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: ‘Aku sebenarnya……(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: ‘Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.’ Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!)..

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.



Kredit utk dinulislam.wordpress.com ~jzkk :)


“…Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”

Jom Cuci Hati

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Jom Cuci Hati!

Hati yang berkeladak disebabkan dendam dan amarah. Kadang2 perlu dicuci. Seharian berperasaan marah pada orang boleh menyebabkan badan merase lemah, dan mata merase berat. Kesudahannya tidur sepanjang hari.

Astaghfirullah, semoga ALLAH mengampunkan dosa2 hamba. Bukan niat hamba untuk memarahi orang sesuka hati. Semoga kebencian hamba adalah kerana ALLAH.

Bile menemui atau mendapat tahu tentang 2 jenis manusia yang sama pada satu hari, membuat kan darah yang mendidih menjadi menggelegak. Sidang pembaca sekalian, jangan dicontohi sikap hamba ini. Sudah lama hamba tidak merase benci seperti ini. Benci nya hamba sehingga mengalir larva kebencian dari sepasang mata yang terpaksa menatap kepincangan manusia di depannya.

Mungkin juga mereka tidak bersalah. Mungkin perasaan hamba yang tidak tenteram dan ketidak stabilan yang membuat hamba 'exaggerate' akan suatu kesamaan sikap manusia yang barangkali biasa saja di pandangan mata orang lain.

Apakah yang membuat hamba begitu sedih?

Hamba sendiri kurang pasti..Cuma ingin hamba ingatkan kepada yang menerima tempias kemarahan hamba, hentikanlah kepincangan yang dilakukan. Hamba menegur kerana kasih, bukan kerana benci, walau sekarang mungkin debu2 kebencian wujud dek kedegilan dan noda yang berterusan. Sudah lama hamba cuba menegur dengan cara yang lain, sebelum kesannya terkena pada hamba yang setia mendengar! Sudah lama hamba cuba menegur dengan kelembutan, tapi kelembutan hamba dibiar berlalu ibarat sutera yang jatuh dari "hanger". Hamba cuba dengan cara sindiran, namun kesat sindiran itu pada hatinya ibarat kesat daun keladi yang disiram embun sahaja, dan kini hamba benar2 menegur terus dari hati, tapi sayang hati hamba begitu perit selepas melafazkannnya.

Jangan fikir hamba puas selepas melafazkan kata2 yang barangkali telah mengguris, maafkanlah...maafkan hamba! Kembalikanlah keteguhan hati pada yang SATU. Hamba juga akan cuba. Sepertimana peritnya perasaan ditegur dan dimarahi, begitu jugaklah peritnya hamba untuk menghadapi kesedihan orang2 yang telah menerima tempiasnya.

Letaklah diri tuan hamba di kasut hamba. Selamilah ape yang hamba rase dengan hati tuan hamba. Hamba sedar setiap patah kata hamba akan dipatahkan dengan hujah bernas, maaf kerana tidak menadah telinga untuk hujah itu. Selagi hati hamba merase tegas dengan apa yang hamba rasakan salah, selagi itu hamba terpaksa menolak hujah2 itu. Bukan niat hamba untuk menolak pujukan berbaur dalil merdu, tapi hamba pohon dengarla pula dalil kenapa hamba merasakan ia salah! Bukan niat hamba untuk menolak perintah agar jangan marah, tetapi kesabaran hamba sudah di kemuncaknya. Maaf!

Hamba barangkali bukanlah seorang yang berilmu tinggi untuk menasehati, barangkali bukan juga sang adil untuk menghukum, dan barangkali bukan si mulia yang layak menjadi juri. Hamba cume pinta sebuah pilihan pasti dan keteguhan yang tidak melukakan. Hamba juga pinta, usah diceritakan lagi noda2 yang tercipta, kerana semakin lama ia semakin mendap menjadi nanah di dalam hati hamba. Hamba tetap menghormati hamba ALLAH yang disanjung, yang sentiasa mengisi ilmu di dada, tapi jangan menngunakan ilmu tuan hamba untuk mengisi nanah di kerongkongan hamba. Jadikanlah kepintaran kata2 untuk menyentuh hati agar bangkit menuju ALLAH, bukan untuk melemahkan sebuah hati..

Terima kasih kerana sentiasa mendoakan hamba, same goes to you..


"Dan mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Sunnguh besar kemurkaan ALLAH apabila kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat." -As-Saff (3-4)

Friday, December 18, 2009

Korban Perut

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Hamba ni tengah pakai gear reverse. Sedang cuba mengundur waktu, menceritakan peristiwa dalam kronologi yang tidak tersusun.


Ape2 pun hamba harap tuan hamba sume sanggup membetulkan skru2 mata dan saraf, sesungguhnya cerita2 hamba ini sedikit bercelaru dek terlalu lame tidak menghapdet! Sedia!


Antara juadah di hari raya. Sehat gitu juadah kami, nasik ayam plus buah2-an dan kueh mueh berasaskan buah jugak. Strawberry lagik. Nak buat camne kan, summer2 mcm ni, strawberry la yang paling murah di pasar ;)

Cernyer, konon nak berkorban perut di hari raya la kan. Hemm kawan2 yg sama menghadap di aidiladha Dunedin 2009 ini ~ korbanla sangat ye?!

Burpp!

“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum, dan yang menjadikan kami orang Islam.”

Tora Datang Lagi!




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Tora Datang Lagi!

Dah lama hamba tak meng-hapdet blog ini, maaflah kepada sidang pembaca yang setia meng-klik blog ini dan menemui kehampaan.

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup hamba semenjak dua menjak ini, mencipta ke-sedehan yang berulang2, kerana pemergian orang2 yang dikasihi dari bumi bertuah Dunedin. Akan tetapi tidak mengapa, itu sekadar cho-baan untuk menguji ketabahan hamba. Manelah tahu selepas ini jika ujian yang lebih besar timbul sekurang2-nya hamba dah ade pengalaman. Bukan kah redha dengan ujian itu menambah pahala?

Hamba banyak men-draf tulisan2 sekitar peristiwa, tapi tak terluah kerana sering sahaja terputus di tengah jalan, dek mata hamba yang akhir2 ini sering tertutup awal kerana hidung dan kepala hamba menjadi berat. heheh

Apepun hamba nak cerita hari ini hamba menjadi ayahbonda angkat kepada adinda Serikandi Besi yang telah bergraduasi dengan jaya-nya. Tahniah kepada beliau, juga tahniah untuk adinda kesayangan hamba juga, Natasha Hilman Cheow, tidak lupa kepada sidang Dunedin yang juga meraikan hari kemenangan di Pentas Graduasi, Amin, Ghadafi dan Abg. Faisal juga Evens (rakan sekerja-ku~ wlupun tak paham wat2 pahamla ye).



Tidak lupa juga untuk adinda hamba, Haneza, Fateha yang sering ku rindu saban hari, dan Hanisah serta Shamin, semoga kepulangan kalian menjana ekonomi negara dengan cepatnye (chewahh)!
Mahapla hamba tak sempat nak letak gambar sume org, sekadar gambar yang hamba ambil sekejap td, secebis peringatan di 19 Dis 2009, penutup tirai graduasi untuk tahun ini.


Kepada kalian semua, hamba ucapkan Selamat Pulang dan Selamat Bekerja! Esok2 sebelum mula kerja, sila baca doa ini ye;
"Ya ALLAH, aku memohon kebaikan pada Mu pada pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada padanya. Dan aku berlindung padaMu daripada keburukan perkerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya segala sesuau itu, Engkaulah yang Maha Berkuasa menentukannya. Amin.."












Tuesday, December 8, 2009

Tanda-Tanda!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Semasa menulis entri ini, mata hamba tidak henti2nya merembeskan air mata..hamba bertanya diri hamba, "sedihkah? kenapa-kah?".. tapi hamba sendiri tidak punya jawapan.
Kepala hamba pusing, genangan air di kolam mata hamba membuat ia makin berpinar! Jatuh lagi, dan hamba cume mampu bersama tisu di samping.
Tanda2 seperti ini membuat hamba makin keliru dengan perasaan sendiri. Hamba sudah bersiap untuk keluar, tapi ke-berat-an kepala ini membuat kaki hamba terpaku, dan semakin lama, seolah ade tukul ghaib yang semakin menekan pasak kaki hamba ke lantai rumah ini.
Apakah yang membuat hamba dirundung pilu?
Har har har, tak lain tak bukan adalah di-sebab-kan oleh hamba demam! Itu sahaja.
Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yg kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) drp kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah krn engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada seorang Muslim yg ditimpa kesakitan – w/pun hanya luka yg disebabkan tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa2 nya disebabkan kesakitan itu, dan dosanya gugur spt gugurnya dedaun dr sepohon pokok..”

Monday, December 7, 2009

Moko The Menace

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Apa yang hamba nak tulis ni dah diketahui rasenye oleh warga Malaysia di New Zealand. Ye dak? Especially yang rajin bace or tengok berita. Tapi takpa lah, biarlah hamba kongsikan lagi sekali.


Hamba ni memang minat dgn haiwan2 ni (al-maklum, dept. of zoology), terutama nya ikan. Di satu tempat di north island di New Zealand ni, iaitu di Gisborne, tinggalnya se-ekor dolfin bernama Moko di perairan pantainya. Pantai itu pula sering dikunjungi oleh orang2 tempatan, Sikit sebanyak, mcm pantai rekreasi la.


Sejak kecik lagi si Moko tinggal kat c2. Masa kecik2, org sume pakat duk kate si Moko ni cute la, comel la, bijak la, suke la, sayang la.. tapi skang Moko pun dah besar, dah 200 kg dah badan dia ni ha..


Macam manusia la jugak kan, mase muda2, sume chantek, sume lawa, sume cute, buat ape pun chumell, tapi bila dah tua, dah kedut2, ibarat sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi..hehe


Sekarang, dengan saiz lebih kurang 2 meter setengah, apa yang si Moko buat ni sumenye salah. Moko ni plak pelik skit tabiatnye bile dah bergelar remaja. Moko akhir2 ini suka sangat bersosial dgn perempuan, kalo ade female human yang surf kat pantai tu, maka tergedik2 lah Moko menganggu dan mencurik perhatian dgn mencurik surfing board org itu. Jeng jeng jeng, apekah sbnrnye yang diinginkan oleh Moko. Apekah pakaian si female human telah menarik perhatian si Moko yang dikatakan kuat ingatan itu?!


Maka adelah wartawan yang buat kesimpulan, di-iya-kan lagi oleh ketua kelab surf kat c2, bahwa si Moko mempunyai perasaan terhadap manusia dan se-iring dengan tumbesaran dan ke-rumaja-annya, Moko dikatekan ingin mengawan dengan manusia! Isk3


Close -Up pula telah menjemput seorang pakar marine untuk membersihkan nama baik Moko. Kata pakar marine tersebut, memang style dolfin begitu, iaitu suke menggesel2kan dan menolak badan dan ekornya yang berat dengan ahli masyarakat. Cume biasenye dolfin lain akan buat begitu pada geng dolfin-nya yang lain. Al-kesahnye si Moko ni pulak mempraktikkan style dolfin nye dengan manusia. Itu yang bikin manusia geram tu. Nak buat macamane, si Moko ni kan anak yatim, kesepian. Tak dapat dolfin sbg kawan, manusia pun jadilah!


Style dolfin yang sebegitu sbnrnya untuk menunjukkan kekuatan yang menjurus kepada hierarki sosial di alam laut (masuk bab ekologi la plak). Jadi sebagai manusia yang bijak, janganlah kite amek hati dgn si Moko. Apa yang perlu kita ambil ialah memberi Moko luang utk menunjukkan dirinya yang sebenar sebagai dolfin. Biarkan dia sendiri di alam liarnya, sebab kalo tak, sape yang bising? Kita jugak..


Okeh Moko, berjuang!

Wednesday, November 25, 2009

Andai Itu Takdirnya

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Sedang memerhati seraut wajah yang tenang di pembaringan, mengalir sebuah perasaan aneh yang terlalu perit untuk melepaskannya pergi, menghitung detik kurang sebulan untuk melafaz sebuah kata perpisahan..

Pertemuan tidak lama dulu yang telah menghubungkan dua hati ini, mengikat utuh sebuah ukhuwwah, yang kadang dicemari dengan debu2 hitam, terkadang hapus dengan bayu kaseh..

Sebuah pemergian yang harus direlai, dan diredhai...buat sahabatku, andai itu takdirnya...




Buat sahabatku yang tercinta...


Sahabat,

Aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati. Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah.

Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu. Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci. Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya.

Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.

Sahabatku,

Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu. Ya Allah… Ampunilah dosa-dosa sahabatku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.

“Ya Rahim… Berilah dia kekuatan dan kesabaran. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.” “Ya Rahman… Maniskanlah akhlak sahabatku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”

“Ya Rabbi… Lembutkan hati sahabatku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”

Sahabat,

Ramai yang berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkanpun masih bertemu.

Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan. Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan persahabatan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata. Jangan kita bergantung dengan selain-Nya. Makhluk yang terhubung atas nama sahabat, suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua.

Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama sahabat,suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara. Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu.

Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.

Sahabat… bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang. Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti.

Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati. Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah sahabat, isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah! Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya. Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek: “Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”

Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik. Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.

Sahabatku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!


(diolah serta diubahsuai dari http://cinta.via.my/2009, terima kasih, juga telah dijadikan kudapan Farewell Tea POTS 2009, Evison Lounge C&S, Uni of Otago, Dunedin, New Zealand)

Tuesday, November 24, 2009

Premis Kenduri


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Cuti-cuti sekolah macam sekarang ni, memang banyak yang boleh di plan. Tambah2 plak kene dengan cuti raye haji. Jadi para belia dan muda-mudi seantero Malaysia sudah merancang tarikh yang terbaik utk resepsi majlis perkahwinan, supaya kebanyakan orang boleh hadir. Banjir pun banjirla ye, fenomena alam, manusia cuma merancang, ALLAH jugak yang menentukan!

Bagi orang kebanyakan yang kerjanya menghadiri majlis2 orang kawen plak, semakin lama semakin tak ikhlas jadinya. Apa taknya, kalo diikut tradisi, sekali pergi, terbang sekeping kertas merah. Dalam sehari plak, bleh jadi 2-3 keping kertas terbang. Darab lagi dengan 7 hari seminggu, last2 tinggal kepingan besi jek dalam poket! Betulkan niat tuan hamba, kang terbang free kang, rugi dunia akhirat nanti, hehe

Pasal budaya orang melayu ni, hamba tak mo komen banyak2, kang kene atas batang hidung hamba sendiri, sebab hamba ni melayu jati. Kang orang kate melayu murtad karang. Namun hamba rase ramai kawan2 kita yang buat resepsi pada mase ni, bleh kot consider kepokaian kawan2 lame ni, hehe. Jadi jangan la terase kalo hadiah yang dibawak tu tidak memenuhi jangkaan kita. Tambahan plak kalo yang hadir tu baru balik obesea, tengah cuti summer ke. Janganla expect dia bawak sheep skin plak sebagai hadiah, almaklumla depa mai nak belajar, elaun cukup makan pakai je tu (backup!)

Tapi si hadirin plak, janganla sampai tak hadir kenduri sebab tak mampu nak sediakan hadiah yang vogue de vas! Kat cni, dah kire kene apply konsep jangan riak, sape pun kite, title ape pun kite, bagilah hadiah ikut kemampuan dengan ikhlas, bukan nak menunjuk2, insyaALLAH berganda hadiah yang lebih bagus yang kite dapat di sana nanti. Kupon untuk balasan hadiah itu cumalah : ikhlas kerana ALLAH.

Ade jugak yang amek peluang kenduri kawen ni untuk re-union sekolah. Bagus benar la tu. Hamba suke. Hamba harap, bile hamba balik tahun depan, masih ade kawan2 hamba yang akan buat kenduri kawen, supaya hamba bleh join re-union jimat kos (tanpa yuran tahunan dan yuran jamuan) yang biasenye berlaku secara sengaja atau tidak sengaja di premis2 kenduri.

Besar hikmah walimah ni, selain untuk raja sehari, malah juga untuk rakyat jelata manfaatkan, mengeratkan lagi silaturrahim yang telah lama terputus. Terima kasih kepada penganjur!

Berkata Anas r.a.: Apabila Rasulullah s.a.w melihat tanda inai pada Abdul Rahman bin Auf r.a., baginda bertanya: Apa ini? Abdul Rahman menjawab: Saya telah menikmati seorang wanita dengan maskahwin emas seberat biji kurma. Maka Rasulullah s.a.w pun mendoakan bagi Abdul Rahman:“Moga-moga Allah memberkati anda! Adakanlah walimah, walaupun hanya dengan menyembelih seekor kambing. (Hadis riwayat Bukhari)

Walau pun begitu, walimah tidaklah semestinya dilakukan dengan seekor kambing tetapi ia dilakukan bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini adalah kerana Nabi s.a.w sendiri pernah melaksanakan walimah untuk Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur dengan keju dan tepung di atas sumbangan para sahabat yang hadir. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Oleh kerana itu tuan hamba semua, tolong sampaikan ucapan ini kepada sahabat2 yang melangkah ke gerbang perkahwinan bagi pihak hamba sekali ye;
“Moga-moga Allah memberikan keberkahan kepadamu dan keberkahan untukmu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.”

Saturday, November 21, 2009

Terima Kasih


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, segala pujian bagi ALLAH kerana masih berjaya menghirup udara dengan penuh nikmat kesihatan...

Astaghfirullah, semoga ALLAH mengampunkan dosa yang telah lalu, dan semoga hari2 mendatang diredhai..

Terima kasih buat ucapan dan hadiah2 dari para sahabat, juga untuk kejutan dan kek aiskrim paddle pop yg sangat cantek dan sedap dari Hanisah, Een, Irwanie dan Rahmah, serta hadirin yang memeriahkan majlis. Tak lupa untuk kek Carrot special Fa, walaupun pembikinan kek itu mempunyai double meaning (hehe)


Ucapan setinggi penghargaan juga buat yang mendoakan dari jauh, ALLAH saje yang mampu membalas.

Nampaknya, hamba sudah tua, hehe, kene berusaha menjadi orang tua sekarang, caiyok!


Daripada Tsauban r.a. berkata; Rasulullah S.A.W. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?". Nabi S.A.W menjawab, "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan ALLAH akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan ALLAH akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu ya Rasululullah?" Nabi menjawab, "cinta pada dunia dan takut pada mati." Hadis Riwayat Abu Daud.

Friday, November 13, 2009

Memori Semalam




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Bila bercakap tentang kawan2 lama ni, banyak benar yang membuat kita tersenyum dan menangis. Terimbau sejarah lama yang mengukir kehidupan. Sepanjang hayat setakat ini, pelbagai jenis manusia yang kita jumpa dalam setiap peringkat kehidupan, yang mematangkan, dan yang memberi pengajaran!

Dalam perjalanan hidup ini, kadang2 kita menemui sahabat yang menggembirakan, yang sentiasa membuat kita tersenyum dan ketawa. Tapi adakah dia sahabat yang sama yang kite jumpa ketika kite memerlukan sebuah bahu untuk menangis? Alhamdulillah, kebanyakan sahabat hamba adalah seperti itu, terima kasih sahabat..


Selain sahabat, kepelbagaian tempat jugak akan membuat kita banyak terdedah dan membina personaliti diri. Jangan merase hairan kalau seorang sahabat yang ketika berumur 6 tahun dulu seorang yang pendiam dan penakut, tetapi setelah 20 tahun misalnya seorang yang bising dan berani! Barangkali alam sekitar telah memfaktori pembentukan personaliti dan peribadinya.


Sebab itu, janganlah kita salah memilih tempat dan kawan, kerana tempat dan kawan yang salah akan membawa kita pada penyesalan di hujung usia. Mungkin buat mase ini kita tidak merase kesal, dan cuma merasa enjoy. Berkawan dengan seseorang yang membuat kita merase muda remaja, sedangkan sepatutnya kita mencari kawan yang mengingatkan kita kepada mati!

Tetiba nafas hamba menjadi laju, tersengih seketika, teringat sahabat dari zaman tadika dan sekolah rendah yang juga sekampung. Dari kecik bermain hide n seek bersama, menjadikan tempat letak basikal sebagai port utama, balik lewat terutama bila ada fardhu ain supaya boleh main2 dulu, pakai tudung style itik ke kelas fardhu ain setiap petang, berkejaran dalam kelas bila ade yang bermulut murai, saling baling pemadam dan saling menulis nama orang bising untuk diberi pada cikgu! Kaki bodek! Zaman itu adalah zaman terindah, namun selepas itu kita terpisah jauh, kerana masing2 tidak reti untuk menghubungi.

Zaman sekolah menengah, agak mengambil mase untuk menyesuaikan diri dan mengenali. Mungkin zaman itu, adalah zaman yang paling kurang keyakinan diri. Pada zaman sekolah menengah jugak , gejala buli berleluasa, isk3.

Matrikulasi, semuanya indah, kecuali semester 1 yang menyakitkan. Pertama kali hamba berjauhan dari keluarga, hamba 'sakitrumah' setiap hari, menangis setiap senja sampaikan ibunda hamba pun dah malas nak layan! hehe. Hamba pun heran, kenapa bila menjelang senja hati hamba begitu sayu, begitu terkenang adik2 dan rumah di kampung, sehingga seolah-olah hamba dapat mencium bau rumah pada ketika itu. Macam2 betul hamba ini!


C.U. D. IPT. bak nyanyian UNIC satu mase dulu. Akhirnye berjaya menjejak menara gading. Namun ternyata kursus yang diikuti bukan mudah. Menggarap jatidiri untuk menjadi perkasa dan tabah, menelusuri keindahan alam dalam kedinginan air yang mengalir laju. Membenamkan mata hati ke dasarnya untuk menjejaki zahir sebuah nyawa yang tidak pernah terpotret di retina manusia biasa. Gambar pun adela sekeping dua seperti di bawah, yang mencungkil kenangan lama. Memori semalam orang kata!




Alhamdulillah akhirnya berjaya melepasi peringkat itu. Pengalaman bekerja bersama sahabat2 lama, sebelum kembali bertugas di uni yang sama, dan kini sedang menyambung pelajaran sebagai menunaikan amanah untuk memenuhi kriteria tugasan.

Panjang benar perjalanan usia, alhamdulillah, dengan harapan agar ALLAH memberkati setiap langkah, dan memberi kesedaran dan menjadikan kita semua tergolong dalam golongan yang bertaubat sebelum melangkah dekat ke daerah mati. InsyaALLAH jika berkelapangan, hamba nak jugak bercerite pengalaman hamba bekerja nanti. Tuan hamba tak nak bace pun takpe, biar hamba bace sendiri nanti, hehe, SS ;)

"Mereka menjawab, 'Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkaulah yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana!' " (Al-Baqarah:32)

Happy For Them

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Hari ini hari yang sangat menggembirakan, alhamdulillah. Hamba baru mendapat berita tentang pernikahan dan walimah yang baru dan bakal berlangsung di kalangan sahabat2 hamba di Malaysia.

4 dari mereka adalah rakan sekuliah hamba semasa degree dulu. 2 daripadanya adalah rakan se-tanah-tumpah-darah, Kelate terchenta manakala 2 lagi orang utara. Merpati utara agaknya ke-penatan di tengah jalan, kerana warkah walimah belum kesampaian di teratak keluarga hamba. Tapi tak mengapa lah duhai merpati, kerana penguin di New Zealand juga tak larat menongkah ombak lautan Pasifik untuk menerjah ke daratan Tanah Melayu buat mase ini ;)

Se-orang sahabat sekelas di sekolah menengah juga baru sahaja menamatkan zaman bujang nye Syawal yang lalu. Malah seorang lagi juga bakal menjadi isteri Januari nanti.

Manakala seorang sahabat di matriks juga baru saje melepasi gerbang perkahwinan yang indah!

Tidak lupa juga 2 sahabat dari sekolah rendah juga bakal bergelar seorang -isteri dan se-orang suami Disember nanti. Oh rindu sungguh kampung halaman!

Hari ini sahaja hamba mendapat berita tentang walimah 9 orang hamba ALLAH! Alhamdulillah! Hamba gembira buat kalian. Namun hamba cuma mampu mendoakan dari jauh. Tak tahulah samada hamba ini untung atau tak untung dengan ketidak-mampuan untuk hadir ke walimah sahabat2 hamba itu. Untung kerana hamba berjaya merugikan supermarket yang menjual set pinggan mangkuk untuk dijadikan hadiah, dan tak untung kerana hamba tidak dapat bersama menyertai sahabat2 yang sudah bertahun tidak berjumpa, dan terpaksa melepaskan peluang melihat sahabat2 kesayangan di hari bahagia mereka.

Jawapannya tentulah tidak untung! Tapi tak mengapa, pasti ade hikmah di sebalik ketentuan ALLAH. Hikmah pertama insyaALLAH ialah; dengan ketidak-upaya-an-untuk-pulang hamba ke rumah dan kampung halaman di waktu genting seperti ini, hamba telah menyelamatkan 2 pasang telinga hamba dari disumbat kapas, pada setiap hari kenduri! hehe

Walaubagaimanapun, hanya jarak menjadi pemisah. Andai tuan hamba yang membaca mendapat jemputan dan mampu untuk hadir, maka memenuhi undangan terutama walimatul-urus adalah wajib!

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, ”Apabila seseorang di antara kalian diundang untuk menghadiri walimatul ’urus, penuhilah.” (HR. Muslim) dan Rasulullah S.A.W juga bersabda, ”Barang siapa yang tidak menghadiri undangan walimah/pernikahan, sungguh dia telah durhaka pada Allah dan Rasul-Nya.” (HR. Muslim).

Monday, November 9, 2009

Seraut Wajah Itu

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Maka telah ramai orang2 yang mengundur diri kembali ke tanah air..

Tapi masih ada antara mereka yang tetap teguh di Dune ter-chenta ini...

Hakikatnye entri hari ini takde kene mengena pun dengan ke ber-ada-an atau pengunduran pulang bercuti para sahabat dan adik2, tapi tetiba teringat akan sesuatu.

Pernah tak tuan hamba melihat sebuah gambar, dan dalam gambar itu ada satu wajah yang membuat tuan hamba rase sedih melihat wajahnya? Atau rase sejuk? Atau rase belas kaseh atau kasehan?

Hamba pernah, baru saje hamba melihat gambar sahabat hamba dan tetiba hamba terlihat sebuah wajah yang membuat hamba rase belas dalam gambar yang sama. Bukan belas simpati, bukan kerana suatu faktor kemiskinan atau kecacatan, tapi sememangnya wajahnya begitu!

Menuntut kita untuk mengasehi dan mengasehani nya walaupun beliau tidak kite kenali!

Ini bukan jatuh chenta ye, konsepnye lari dari jatuh hati. Ini konsep kemanusiaan. Pernah ke tuan hamba merase bende yang sama? Sesetengah orang bila kita lihat wajahnya di gambar2, kita tak merase ape2, atau merase kering, tapi bila melihat sesetengah wajah lain, kita rase tersentuh, rase insaf..perghh, mantap nih, dakwah melalui raut wajah di gambar! hehe

Bagaimana dan kenape? Banyak sebab yang berlegar di pikiran hamba, tapi biar hamba buat kajian dulu, buat mase ni hamba nak kene gi sekolah dulu, chow-sin-ki!


"Maha suci Tuhan yang telah mempermudahkan kenderaan ini untuk kami, sedangkan kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali."


Brooom!

Wednesday, November 4, 2009

Bakal ditinggalkan!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Hamba semakin ditinggalkan! Hari demi hari yang berlalu, cuma akan menimbulkan sedikit demi sedikit kepedihan.

Kalau selama ini, hamba boleh tersenyum setiap pagi, memikirkan ke-mana kami hari ini, dan apa program bersama pada hari ini, tapi tidak lama lagi..semua itu tidak akan berlaku!

Kalau selama ini hamba sentiasa terfikir kalau2 kami akan ketemu di library atau di mana2, tapi tidak lagi selepas ini!

Bagaikan kontrak, dan semuanya bakal berakhir...

Di balik kebekuan winter..



Dalam tiupan musim luruh...





Demi berkembangnya bunga2 di musimnya..






Dan dengan hangatnya musim panas yang menjelang...




Perpisahan kita makin hampir!


"Teman betapa pilunya hatiku, Menghadapi perpisahan ini, Pahit manis perjuangan, Telah kita rasa bersama, Semoga Allah meredhai Persahabatan dan perpisahan ini..Teruskan perjuangan!"




(makan durian jangan lupa org cni, n jangan lupa untuk kembali!)

Saturday, October 31, 2009

Sarjana Otago Gathering

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Barangkali hamba belum menceritakan betapa happeningnya kehidupan di Dune ini.Masyarakat malaysia nye bertaburan dalam sebuah komuniti yang ceria insyaALLAH.

Semalam misalnya, postgrads mengadakan picnic bersama family. Berikut adalah antara memori yang sempat terakam.


Bersama Mira yang akan kembali ke Malaysia..




Gaya2 macho srikandi Sarjana Otago





Kami warga ibu2, isteri2 dan anak2 solehah Sarjana Otago, hehe


Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:


سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau) melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.(Hadis riwayat Tarmizi)


Pengkritik Bebas!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Akhirnya hamba telah berjaya menonton 20 episod drama Cinta Sempurna.

Secara keseluruhannya, drama ini adalah antara yang terbaik untuk menggambarkan Islam sebagai matlamat hidup, tahniah kepada penulis. Namun apabila menyelusuri babak2 yang ditayangkan, mungkin kesilapan di bahagian produksi, apabila watak ustaz dalam drama ini menemui mad'u nye secara berdua-duaan, begitu juga apabila watak ustaz berduaan dengan tunangannya.

Dari sudut pergaulan, masih banyak yang perlu diperbaiki. Ambillah teladan dan sama2 kita perbaiki diri, insyaALLAH.



Sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."





Wednesday, October 28, 2009

Cinta Sempurna


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Hamba sepatutnye sedang tenggelam dalam kertas2 yang berselerak, setelah berapa lame hamba tangguhkan pertemuan antara hamba dan sv hamba!

Tapi entah mengapa, tetiba hamba tergerak plak nak bukak utube, dan menaip plak Cinta Sempurna, hasil cadangan saudari Bidadari Besi beberapa hari yang lepas. Ternyata tak sia2 hamba melihatnye.


Dari episod ke episod hamba melihat, bila saatnya episod 12 hamba mula merase keliru dengan diri sendiri. Ape yang hamba nak buat tadi sebenarnye?! Hamba tersedar tanggungjawab masih banyak, tapi hamba mula berfikir untuk merehatkan diri dengan menaip sedikit di blog ini, tanda penghargaan hamba buat penulis drama Cinta Sempurna yang ditayangkan di Astro Oasis, iaitu Ustaz Hasrizal, yang juga pengarang buku 'Aku Terima Nikahnya'.

Oleh kerana hamba pun tak habis tengok lagi, hamba pun tak nak komen lebih2, lagi pulak hamba bukanlah kakitangan promosi Astro buat mase ni, sekadar berkongsi kisah yang boleh diteladani.

Hamba yang bukanlah merupakan peminat setia drama melayu kecuali kisah2 keluarga yang menyayat hati. Namun kini hamba semakin kagum dengan pencapaian drama melayu yang berupaya menyerapkan kisah realiti kerosakan masyarakat dan bagaimana mengaplikasikan Islam sebagai jalan penyelesaian.

Banyak yang boleh dipelajari selain berhibur. Bagi yang memandang mutu dan kualiti pelakon, mungkin takkan kecewa dengan kehadiran ustaz yang menyentuh hati, bukan sekadar dengan ilmu dan kata2nya, tapi juga dengan wajah dan penampilannya. Maafkan hamba, bukan menarik ke arah yang tidak patut, tapi penampilan ustaz dalam drama ini yang mungkin layak dicontohi oleh para dai'e dalam menangani mad'u yang berbeza. Seorang ustaz berfikiran fikh, yang berjiwa dai'e.

Hamba rase dah ade yang terbukak tab utube menaip tajuk Cinta Sempurna ni. Oklah, memandangkan tuan hamba pun dah teruja nak tengok ustaz Nazir, eh salah~ teladan Cinta Sempurna ni, silakanlah. Semoga bersama peroleh manfaat! InsyaALLAH!

Sebelum tu, sukalah hamba ingatkan, hamba barangkali seorang manusia yang sukakan hiburan, tapi itu tidaklah bermakna hamba sengaja menghalalkan yang haram atau diistilahkan oleh sesetengah orang sebagai 'mengislamkan' hiburan! Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Hamba cuma seorang hamba dan tak layak untuk menentukan ape2. Dalam drama ini misalnya, yang baik jadi teladan , yang buruk buat sempadan. Bersama mencari ilmu, semoga setiap salah langkah dalam pencarian itu dapat diperbetulkan dengan cara yang berhikmah, insyaALLAH. Barangkali dalam drama ini ade jalan hikmah yang boleh dipelajari oleh semua. Barangkali!!!

"Tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Oleh itu, tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang antara kamu dan dia ada permusuhan, seolah2 telah menjadi teman yang setia." (Fussilat, 34)

Tuesday, October 27, 2009

Soal Setia


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Di sisi hamba cik Rahmah yang sedang tekun belajar. Sedang hamba pula giat melarikan jari jemari di kekunci komputer sambil mendengar alunan piano dari utube. hihi, penuh perasaan lagha. Ini tidak boleh jadi!

Baik, kembali memusatkan fikiran. Pagi tadi, sarapan hamba dengan sebuah emel untuk dikongsi bersama. Emel yang agak menarik.

Mukaddimah emel itu bercerita tentang trend bercinta pada zaman sekarang. Zaman berubah, trend pun berubah. Kalo dulu2 trend bercinta cuma hebat melanda remaja, tapi tak lama selepas itu trend bercinta menular pada kanak2 sekolah rendah pulak. Tapi zaman sekarang ni di Malaysia khususnya adalah trend bercinta sesama veteran. Bukan itu saje, trend itu dihangatkan lagi dengan kategori tambahan iaitu veteran atau separa veteran atau muda-mudi yang bergelar suami atau isteri yang bercinta dengan suami atau isteri orang lain!

Tajuk emel yang dihantar pada hamba itu ialah "DAYUS".

Hamba bukanlah seorang yang berpengalaman dalam bercinta untuk menghuraikan betapa complicatednye sebuah cinta. Hamba juga masih bukan seorang yang menyanjung cinta manusia melainkan cinta ayahbonda hamba(istilah setia memswine buta adalah beza dengan menyanjung, tapi bukan hamba yang setia memswine buta itu, hehe!). Pendek kate, hamba bukanlah seorang yang layak untuk membicarakan soal ini.

Orang kata, cinta itu buta! Mungkin jugak ye, sebab cinta itu buta lah maka seorang suami~orang boleh jatuh hati dengan isteri orang lain! Sebab orang itu buta, tak nampak sijil nikah si buah hati nya. Jadi bagaimana, untuk tidak membutakannya? Perlukah ditampal di dahi para pencinta2 yang telah buta ini?
Mungkin agak besar untuk ditampal di dahi para2 suami dan isteri2 untuk menunjuk status masing2. Entahla, hamba rase bile saatnye hamba menjadi isteri, hamba mungkinlah tidak menjadikan dahi hamba sebagai papan kenyataan. Tapi pada pendapat hamba yang jahil ini, eloklah kalau seorang isteri berlagak seperti seorang isteri. Seperti sabda Rasulullah S.A.W, 'Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.' (Riwayat Ibnu Majah)
Mungkinlah kite beria menyapu eye-shadow atau blusher bila nak ke tempat kerja, tapi selepas ini kita beria sapu kat rumah depan suami je, bleh ke agak2? Entahla, hamba ni memang kolot, eyeshadow ngan mascara pun hamba baru kenal, hak hak! Kalo kat rumah nak habiskan sebotol sehari pun takpe! Lagipun sale kat muzium Otago ni kan murah, borong la banyak2 sebelum balik nanti! hehe
Kalo lelaki mungkin agak susah untuk dibezakan antara yang benar2 bujang atau bujang olok2. Tetapi, para bujang olok2 ni hendaklah sedar diri dan mengakui bahawa saham anda bukanlah setinggi saham si bujang trang tang tang. Kosong lagi tiga, itu benar! Silakanlah, tapi jangan la mengikut trend semasa untuk membina tangga masjid dengan mencuri bata dari masjid orang lain! haishh, matlamat tidak menghalalkan cara!

Hamba jugak ade terbaca blog seorang hamba ALLAH ni tak lama dulu, tapi dah agak susah nak korek semula sumber nye dari mane. Biasenye hamba melompat dari blog ke blog, tapi itupun mungkin 3 bulan sekali la hamba buat! Apepun, hamba ALLAH ni lelaki, yang sudah berkahwin, beliau bercakap tentang bagaimana senangnye untuk jatuh cinta. Terutama kalau selalu borak2, tanye khabar` dalam sekelip mata dah boleh menyebabkan hati menjadi cair.

Bayangkan kita di tempat kerja, katekanlah suami engineer, keje kat tempat lain. Isteri pulak pensyarah ke, keje kat tempat lain plak. Isteri pagi2 g keje pakai kasut tumit 4 inci (erk, adeke), bunyinye saje dah menggoyang jantung. Dekat tempat keje, biasela meeting2, jumpa ngan collegues. I tengok U, U tengok I. Arini U tengok I, mate I purple, sok U tengok I, mate I jingga. Mane U tak jatuh hati, I ni macam pelangi plak! Mane ade orang tak suka pelangi. Bila I borak ngan U, gaye U bercakap macam I, kate same2 pensyarah, ala2 wakil rakyat berkempen gitu. Mane I tak jatuh hati, I macam U, U macam I! Suami kat tempat keje plak, lebih-kurangla keadaannya, lagila, sengaja sembunyikan status kan, kalo kat facebook tu saje letak "Its complicated". Hello, tak sedar2 diri lagi awak tu dah kawen?! Bila isteri tanye, cane nak buka akaun facebook, marah! Konon tak de maknenye bukak2 facebook, nak buat ape? Amboiii, banyak chantek, mengaku je lah! Keje plak ngan isteri2 orang yang sefahaman dan sealiran. Tanya pasal alat ni, tau, tanya pasal mesin tu, tau! Alang2, tanya pasal adik beradikla, pas tak lama, alang2 ajak makanla, aiii pasal husband kawan tu tak mo tanye ke?!

Pendek tulis, 2-2 memainkan peranan penting. Lelaki dan perempuan! Seorang suami~ orang dan seorang isteri~orang. Keduanya kene pandai memainkan peranan sebagai seorang yang setia, menjaga diri, mata dan hati. Betapa senang untuk jatuh cinta! Betul! Betapa payah untuk melupakan kenangan bersama! Betul! Ciptalah kenangan semanis mungkin bersama yang halal untuk dicintai, iaitu sang suami atau pada sang isteri! Janganlah sengaja mencari kesalahan sebesar kuman, demi menangkis cinta yang dulunya setinggi gunung! Firman Allah, "Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak." (An-Nisa: 19).

Dulu kaulah ibarat satu2nya bulanku, sekarang bile ke tempat keje, banyak pulak bulan2 di langit biru, ye! Gambar sekadar hiasan, tiada kene mengena dengan entri, hehe (erk, maaf empunya gambar~hasil google nih)

Soal setia, jangan ditanya kenapa!!!

"Ya ALLAH, lembutkanlah hati suamiku sepertimana Engkau lembutkan besi bagi Nabi Daud!"



(p/s: Doa di atas diletak di situ sebagai cadangan untuk para pembaca yang bergelar isteri;)

Monday, October 26, 2009

Bila Diriku Lupa!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Lame sudah hamba tidak menulis. Tulisan yang setelah sekian lama hamba dahulukan pula dengan berite sedih dan menyayat hati.

Lu'lu' kesayangan hamba telah dilanggar lari.

Peristiwa berlaku tanpa hamba sedari. Lu'lu' yang hamba anggap tenang dalam istirehatnye di sisi jalan di depan rumah hamba pada malam hari, rupenye telah disakiti. Maka cacatlah Lu'lu' hamba itu..Tidaklah ia seperti seorang duchess sempurna. Baru sahaja hamba berborak riak dengan kak eziey, bahwa Lu'lu' hamba itu sang kolot yang begitu teguh besinye, ibarat waja.

Namun hakikatnye, hari ini Lu'lu' telah pun terluka.

Dan tidak pula ada yang jujur menyatakan maaf...

Namun semua ini adalah kafarah bagi dosa hamba. Hamba telah menyangkakan perkara seperti ini berlaku. Ujian Tuhan untuk hamba, setelah hamba agak hanyut dan leka. Suatu peringatan untuk kembali pada NYA. Alhamdulillah, kalau bukan kerana peristiwa ini, mata ini barangkali akan kering lebih lama! Biarlah ia basah semula..hamba ingin ia basah semula!

Dan hamba takut ya ALLAH, andai Engkau kembali memberi hamba bahagia, hamba akan lebih terleka! Astaghfirullah!

“Ya Allah, kurniakanlah kepadaku dua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, yang dapat menyembuhkan hati dengan linangan air matanya kerana takut kepadaMu (Perkenankanlah permohonanku,ya Allah) sebelum mengalir air mata darah”

Friday, October 16, 2009

Misteri Qis

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Alkisahnya buah hati pengarang jantung hamba sekeluarga, anakanda Qistina Maisarah yang senantiasa wajahnya menjadi teka teki, ikut ummi ke ikut papanya? hehe
Sedang hamba mengodek2 laman frenster kawan hamba yang sejak sekian lama berhabuk sepi, hamba tertengokla kawan hamba wat kuiz nak tengok baby twin dia ikut muka sape. Sekadar analisis komputer yang tak boleh diguna pakai seratus peratus, tapi sekadar mengaplikasi teknologi saje. Maka demikianlah resultnye.




Ralat yang mungkin berlaku ialah: (1) Qistina berwajah bangun tido. (2) Qistina buat muke. (3) Qistina belum mandi ketika gambar itu diambil. Sekiranya ralat belum mandi mempengaruhi kecenderungan mana2 pihak, itu di luar bidang kuasa! Peace no war!
Dedikasi khusus untuk umi & papa Qis. Semoga sentiasa bahagia dalam rahmat ALLAH.
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]

Thursday, October 15, 2009

anugerah bintang tahunan

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Tuan hamba kenalkah lambang2 di atas ini? Atau tuan hamba memang arif benau pasal bende2 sebegini? Tuan hamba bintang ape ek? hehe, hamba acah je tu!

Tuan hamba cube perhatikan di sekeliling tuan hamba..macamane penerimaan masyarakat terhadap kepercayaan dan ramalan2 berdasarkan bintang2 ni. Cuba tanya diri tuan hamba, berapa kali tuan hamba tengok ramalan berdasarkan bintang dalam mase sebulan? Atau seminggu? Atau sehari? Ke tuan hamba memang pelanggan tetap sms ramalan bintang ni? Amboi, banyak kredit tuan hamba ye? Harap2 tuan hamba pelanggan alert waktu solat la sekali! Ishh, hamba tak kate kat tuan hamba, hamba merujuk tuan hamba kat tempat lain!

Satu mase dulu, zaman retro ala-70-80-an, atau zaman al go go (erk, hamba kurang pasti tahun brape), orang2 pada zaman itu tak layan sangat bintang2 segale ni, maklum mase tu penguasaan bahasa inggeris belum berape meletup kecuali sedikit, so pada mase tu bagi mereka yang suka sangat nak meramal nasib ni banyakla bergantung pada bomoh2 (profesion bomoh adalah tip-top pada mase itu - pasaran melambung!). Kadang2 ade jugak yang pergi menujum di kubur2, dan busut2, kalo tak percaya tengokla Bujang Lapuk arahan allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Memang besar "cho-ba-an" pada mase tu.

Mase beralih, abad ke 21 menyusul. Mase ni bahasa inggeris memang cair di hujung lidah. Zodiak dan horoskop yang dipopularkan orang barat pun menular dengan hebatnye. Anak2 muda zaman skang kate ape, "ala apela tokki dolu2 kan, adeke g bertapa kat kubur, busut segala bagai, tak mainla, tak rockla..".

Padahal nye, tokki dulu yang tak rock dan agogo tu, ngan zaman rock kapak 90-an dulu, dan zaman rock, hip hop, punk dan sebagainye ni takde beze pun! Apela sangat beze menujum atau meramal nasib dengan melihat busut di hutan, dengan meramal nasib dengan melihat bintang di langit (@zodiak)?! Haishh

Mengata dulang paku serpih kan, mengata orang2 dolu2, kite yang zaman skang ni apa kurangnye?! Sekarang ni plak, media lagi bersepah2 mewar2kan tentang ramalan bintang, lagi senang nak membaca dan percaya! Kalo zaman dulu payahla jugak nak kene stat vespa tengah2 malam nak g menujum. Zaman dolu pak bomoh-pak bomoh tak duduk kat taman2 perumahan ni, rumah nak dalam hutan aje kan! Tengok, betapa senangnye kite pada zaman ini terdedah pada segala macam kepercayaan dan ramalan! Kalo tak percaya, cuba tuan hamba senaraikan nama2 majalah dan akhbar, khidmat sms dan jugak facebook yang menawarkan ramalan horoskop?

Untuk pengetahuan tuan hamba semua, amalan membaca horoskop atau ramalan bintang ni saje menyebabkan solat selama 40 hari tidak diterima!! Itu setakat membaca sahaja. Katakanlah kalo tuan hamba membaca dan percaya pulak! Alamak aii..

Ustzh. Nik Salida Nik Salleh, pensyarah fakulti Syariah dan Undang2 USM mengulas fatwa Ulama Yusuf Qardawi bahawa tentang berdukun dan membaca walaupun untuk suka2 atau terbaca setiap ramalan bintang atau horoskop boleh menyebabkan solatnya tidak diterima selama 40 hari dan sekiranya orang itu percaya dengan ramalan itu maka boleh menyebabkan ia tergolong dalam golongan kufur.

Hadis Rasulullulah S.A.W yang bermaksud; "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari." Riwayat Muslim.

Kata orang, dari mata turun ke hati. Mula2 nak bace je, especially kalo dah kuar dekat 'home' facebook tu kan. Katelah kalo ade kawan2 tuan hamba yang buat. Ala, tuan hamba bukan percaya pun! Tapi lame2 dah bace kawan punye, nak jugak rase buat ramalan tu! Lalu satu hari terbuatla. Lame2 tuan hamba buat, ketagih pulak kan, mesti mau buat ramalan hari2! Kadang2 2-3 kali la sehari! Kadang2 kebetulan ape yang berlaku same pulak tu (bisik syaitan dalam dada- padahal ALLAH nak uji!). Kalo dah sampai saat tu, x dapat nak nolong la!

Oleh kerana itu, elakla awal2 walaupun membaca atau melihat orang punye ramalan sekalipun! Karang 40 hari solat tak diterima, haishh sakit tu! Dahla solat yang ada tak berape sempurna! Kadang2 ter'cilok'! Hamba tak kata tuan hamba yang sedang membaca, hamba kata kat tuan hamba kat tempat lain.

Sukelah hamba memetik kupasan penceramah2 dalam program Halaqah di tv9 bertajuk Bintang 12;

"Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap.

Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang."Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil."Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit.



Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim."Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. .. "

Minat sungguh sama pek embek, Warna comel berbalan-balan, kalo suka sama pak embek, jemputla datang ke New Zealand! ~ erk, maaf ye berpantun 2 kerat pulak!


Yang kat bawah ni pulak petikan soalan hamba ALLAH dan jawapan berkenaan horoskop!

"what will be the punishment if believed in horoscope. I am not at all believing in that. But I heard that my horoscope saying that my marriage will occur at the age of 29 and my husband will die when I am 52 even though I do not believe but sometimes it is disturbing my mind. "

(gambar sekadar hiasan, maaf dan terima kasih kepada empunya gambar, jasa kalian dikenang)

Jawapannye:

"Surely it is forbidden in Islam to believe in horoscope at the first place. It is also forbidden to relate whatever happens to you so called horoscope. Certainly your marriage or any things in your life are not dependent at all on your horoscope but the divine will of the Almighty.

Therefore, strengthen you belief in your destiny and do whatever is good and avoid whatever is bad. Your horoscope doesn't have any power to decide what is good or bad for you. Only the Almighty knows what will happen to you in the future.

You must believe that every thing is fated and no one knows what is fated for him or her. Therefore, you should not waste your time in looking for what your horoscope tells you rather than submitting your selves to the divine order. "



Jawapan disediakan oleh: Dr. Sano Koutoub Moustapha, Professor of Jurisprudence & Its Principles at the International Islamic University, Malaysia.

*Sumber: http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=5CSK50



Begitulah adanye..rupenye bende yang kita pandang enteng kesannya begitu besar sekali. Semoga kita cepat2 sadar dan berubah ke arah yang lebih baik, insyaALLAH! ALLAH knows best!



'Dari Abul-‘Abbas ‘Abdullah Bin ‘Abbas , dia mengatakan, “Aku berada di belakang Rasulullah saw. Baginda berkata, ‘Nak, Jagalah Allah niscaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah niscaya engkau akan dapati Dia ada di hadapanmu. Jika engkau memohon, mohonlah kepada Allah; dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Dan ketahuilah bahwa jika seluruh umat berhimpun untuk memberikan manfaat (keselamatan) kepadamu, niscaya mereka tidak dapat melakukannya selain apa yang sudah Allah tetapkan untukmu. Dan seandainya seluruh umat berhimpun untuk menecelakakanmu, niscaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali kecelakaan yang memang sudah Allah tetapkan untukmu. Telah diangkat pena dan telah kering lembaran-lembaran.” (Riwayat oleh At-Tirmidzi).

Tuesday, October 13, 2009

Dari seorang bakal suami..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Tuan hamba, hati hamba berbunga-bunga membacanya...

Terlebih dahulu, sebelum terdapat kesimpulan dan angin sepoi-sepoi yang mengoyang pohon berita, coretan kali ini bukanlah dihantar oleh sesiapa kepada hamba, melainkan hamba sendiri yang kacau kopi dan goreng pasta dari dapur saudara Bintang Tujuh (dengan izin). Takpelah, kalo takde yang sudi menulis begini kepada hamba pun takpe, hehe, sekurang2nya coretan ini bleh wat panduan untuk para adam dan hawa yang membaca.

Mane tau, kot satu hari nanti ada antara tuan hamba yang mendapat surat cinta sebegini, mase tu tuan hamba tak payahlah fenin2 fikir nak jawab ape, jawab je terus, "aii, mcm pernah baca je surat mcm ni..". Kan sonang?

Tanpa bertangguh lagi, pejam mata, tarik nafas dalam2, hembus semula, bukak mata balik (surat ini bukanlah tahap yang boleh dibaca hanya dengan mata hati!), dan selamat menghayati!


Coretan Untuk Bakal Isteri


Assalamualaikum wrt. wbt

Untukmu, Bakal isteriku..


Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula trtanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."



Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.


Dariku, Bakal suamimu.




Terima kasih buat penukil asal coretan ini.. Kredit juga buat Akh Ridzwan atas ijin pengkopian dan pemastaannya. Semoga semua pembaca beroleh manfaat, iA.




"Aku mencintamu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)








Saturday, October 10, 2009

Selebriti!



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Kisah selebriti di mana2, di Malaysia mahupun di New Zealand!

Gossip panas merata2, termasukla gossip dalam bahasa Somali yang tidak ku fahami di sebelah kami ini. Aduhh, berderau darah mendengarnye, nak buat assignment pun dah bertukar jadi dengar utube, sbb nak melarikan diri dari gosip liar yang unpahamable!

Antara yang digossipkan termasuklah gossip tentang selebriti terkemuka Dunedin! Yang sedang hidup bernyawa di kalangan kami! Senang jer nak jumpa selebriti2 ini, mereka tidaklah sombong malah peramah lagi! Mereka adalah antara tokoh2 Dunedin yang sangat mesra rakyat! Buktinya, mereka selalu ditemui di town, meronda2! Tapi jangan salah paham, mereka cuma berpura2 window shopping saja, hakikatnya mereka sebenarnye sedang memperhatikan gerak geri warga Dunedin, mengambil tahu hal rakyat! Oleh itu, tuan hamba semua, berhati2lah bila terlihat kelibat mereka!

Bila tuan hamba terlihat selebriti2 kita ini di mana2, perkara pertama yang tuan hamba perlu lakukan ialah;
1. Dekati mereka

2. Bagi salam 'Assalamualaikum'

3. Keluarkan pen, dan kata

"kak, mintak siiiiiiiiiiiiign!!"

Wajah2 mereka ini juga adalah wajah 'wanted' seDunedin. Jadi sekiranya tuan hamba menemui mereka berkeliaran di town, sila suruh mereka pulang! hehe


Entri ni dedikasi khusus atas permintaan adinda Zewy Min yang sedang mengadap facebook di samping kertas yang berlambakan di Burns Cal. Study2!
'Ya ALLAH, bukakan kepada kami hikmatMu, dan berikan kepada kami rahmat Mu, ya ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'








Berapa dulang hantaran?!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang diksihi sekalian,


Terkejut? hehe


Sesungguhnya tajuk ini tiada kene mengena dengan hamba. Cuma tadi terlayan utube jap, pasal ceramah seorang ustaz yang menjawab pertanyaan seorang gadis, tentang hantaran dalam jumlah genap, adakah dibolehkan?!


har har har


Jawab ustaz; solat witir malas, pasal hantaran sibuk plak nak wat ganjil! Same gak macam amik gambar, sibuk nak genapkan bilangan , biar jadi 4, atau 2 sahaja, jangan jadik 3, nanti sorang lagi mati!


Kata ustaz, yang amek gambo ngan dia sejak kecik, hidup seade2 nye jer, hidup mati kan rahsia ALLAH!


Kalo nak buat sesuatu dengan bilangan ganjil sangat, buatla solat witir, hehe


Dengar2kan, dan selamat beramal!

Rasulullah SAW, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Allah menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Thursday, October 8, 2009

Rindu nasik bungkus..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Sedang menunggu supervisor, tup2 sv dah hilang, tulis blog sudey!

Sedang lalu lalang jugak, di laluan tengah bangunan yang menakutkan ini. Yang kiri kanannya berderetan haiwan2 yang di awet segar! Bukan suntik botox ok! Terpamer dalam balang2 kaca yang jernih dan sangatla transparent. Ni kalo malam2 nak datang ni memang berteman!

Dalam duk lalu lalang tu, entah kenapa tetiba teringat plak nasi bungkus kat malaysia. Terutama nasi bungkus kat gerai depan rumah satu ketika dulu. Pagi2 weekend akan ade berbungkus2 nasi berlauk ayam kat atas meja. Maklum kami ramai! Terima kasih buat abah dan ma. Dah lama tak merase nasi bungkus tu, tambah pulak kak yah yang jual nasi bungkus tu dah berhenti berniaga. Dah cari keje lain dah.

Kalo balik kampung ma pulak, tak jauh mane pun kampung tu, negeri jiran je, hehe, ade satu gerai yang jual nasik kerabu yang memang, masyaALLAH sedapnye..kecik je bungkusan dia, murah plak tu, 50 sen je! Tapi dalam tu macam2 ada, ade lada jeruk, ade telur masin, ikan goreng celup tepung. Akan tetapi, berbaloi dengan harganya, semuanya dalam kuantiti yang sikit la, makcik tu pun nak hidup gak! Jadinya, oleh kerana itu, untuk sekeluarga kami sahaja, memang akan tempah khusus berpuluh2 bungkus kot! Tapi itu dulu...

Mase blajo kat Terengganu pun, nasik bungkus depan KUSTEM memang berbaloi! Ingat nasi bungkus depan KUSTEM, lupakan yang lain! Untuk nasi beserta seketul ayam, 2 jenis sayur mayur dan sambal, cuma 2.50 hinggit sahaje. Itulah nikmatnya tinggal di Terengganu. Tapi itu dulu la!

Dah keje pulak dekat tempat yang sama, keadaan sedikit berbeza la. Kali ni, tempat makanan murah tetap menjadi pilihan. Rindu nasik goreng ayam McFly di pesisir pantai dekat dengan UMT. Tapi kat c2 ramai yang amat, jadik biasenye kami mengerahkan orang lain untuk membelikan untuk kami. Kadang2 student kami jadik mangsa, haha, mangsa buli! Tapi itu kisah dulu! Skang kami dah baik! Sebab kami sume dah jadik student balik!!

Teringat kisah seorang kawan yang baik hati, konon nak belanja, tapi belanja di McFly rupenye, takpela, janji sedap! Kenape namanya McFly? Itu kelakar! kalo bgtau, nescaya tuan hamba semua merase geli. Oleh itu, biarlah rahsia..

Haishh, dimanakah sv ku ini!

Kriut..kriut...haishh, nak g carik nasi bungkus dulu la! (Macamla ade, huhu)

'Ya ALLAH berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa api neraka.'

Ngap!








Wednesday, September 30, 2009

Aku Semut Merah



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Ingat tak kecik2 dulu, masa UPSR -kite kene wat karangan pasal 'bende'. Contohnya pasal 'aku adalah sebuah kereta'. Atau 'aku adalah sebatang pensel'. Femes kan contoh2 karangan pasal tu. Enjoy je buat. Bila dah makin besar, terpikir balik, asal la cikgu suh wat karangan macam tu. Dah terang2 kita bukan sebuah kereta. Tapi rupa2nya, bila dah lebih besar dari 'makin besar', barula tau , ade gak hikmahnya cikgu suh wat karangan macam tu! Sebab bile kite sedeh dan tak jumpa jalan penyelesaian untuk sesuatu, kita cuba gambarkan diri kita macam bende yang lain. Di situ, kita akan jumpa kelebihan kita dan takdela rase teruk sangat. Sebab bile hamba bandingkan diri hamba dengan sebuah kereta misalnya, hamba rase diri hamba jauh lebih baik dari sebuah kereta, Alhamdulillah, sebab hamba tak takut akan berkarat dan dibuang ke tempat pengumpulan besi buruk bila da tua nanti!

So arini hamba pun karang balik esei yang hamba slalu nyampah nak buat mase kecik2. Tajuk karangan hamba ialah 'Aku Seekor Semut'. Bagi cikgu2 penyemak kertas peperiksaan UPSR, pertimbangkanlah karangan hamba ni ye! Mane tau kot2 dapat A!





Aku seekor semut merah. Aku hidup di dalam sebuah busut nun di atas bukit. Di dalam busutku itu, aku tinggal bersama dengan Permaisuri, Penghulu2 dan Kuli2 macam aku. Hidup kami sungguh teratur dalam sebuah organisasi sosial yang utuh. Semua haiwan lain cemburu melihat kepintaran kami dalam bermasyarakat sesama kami. Manusia juga kagum dengan kami, sebab itulah kadang2 bila tiba malam jumaat, ade beberapa manusia datang ke busut kami, membawa pulut kuning dan ayam panggang sebagai hadiah! Kami pun jadi keliru dengan manusia! Oh, kami sungguh terkejut!


Di dalam busut itu, kami hidup rukun dan damai. Kami jarang bergaduh di antara satu sama lain. Aku sebagai kuli cuma patuh pada perintah dan ke hulu- ke hilir mencari makanan untuk ahli-ahli di busut kami itu. Setiap kali keluar, kami jarang melencong ke mana2. Hidup kami cuma dalam busut itu, dan cuma bertemu dengan semut2 yang kami kenali sahaja.


Pada suatu hari, semasa sedang mencari makanan di luar busut, aku terjatuh ke dalam lubang. Kawan2 ku tidak menyedari bahawa aku telah terjatuh. Tiba2, aku melihat sepasang sayap yang indah terbang di atasku. Pemilik sayap itu membantu aku terbang keluar dari lubang yang dalam itu. Maka dengan izin ALLAH, aku pun terselamat.


Selama ini, aku kira, aku cuma boleh bercakap dengan semut2 lain di busutku sahaja. Rupa2nya masih ada haiwan lain yang boleh bercakap bahasa yang sama dengan ku. Selama ini, aku mengira bahawa aku hanya boleh mempercayai semut2 lain di busutku sahaja. Rupa2nya masih ada haiwan bukan semut yang boleh membantu aku. Aku berterima kasih kepada haiwan itu, kawan baruku yang bernama rama2.



Aku berlari pulang menemui kawan2 semutku, dan aku bercerita dengan mereka rupa2nya ada haiwan yang baik juga di luar sana. Semut2 yang lain terdiam, tapi selepas itu, mereka mengasingkan aku. Aku menjadi seekor semut yang bingung! Aku sunyi! Lalu aku keluar lagi untuk bermain dengan kawan baruku. Padanya, aku ceritakan kisah2 suka dan duka ku. Aku senang melihat dia ketawa bersama ku, dan aku sedeh melihat dia menitis kan airmata bila aku menangis! Wah, rupa2nya haiwan bukan semut pun ade air mata! Rupa2nya haiwan bukan semut pun boleh ketawa! Wah, aku sungguh kagum. Aku ingatkan hanya semut2 yang ber'jiwa' sepertiku! Rupa2nya banyak kisah yang menarik di luar busutku.

Pada suatu hari, aku melihat kawan baru ku mencuri madu dari bunga, aku tanyakan kepadanya, kenapa mencuri? Mencuri itu berdosa! Kawan baru ku terdiam, "Owh, berdosakah? Maaf, tidak tahu!" Jahil juga kawan baruku, hehe. Lalu padanya aku terangkan apakah itu dosa, dan apa itu pahala. Rupa2nya kawan baruku langsung tidak tahu. Dia belum pernah mendengarnya. Jadi, dia telah membuat aku menjadi sabar untuk memberi penjelasan. Pada mulanya, aku memberitahu dengan suara lantang, tapi dia menunjukkan riak tidak percaya. Maseh sibuk dengan "bzzzz, bzzzz", sebutan kegemarannya. Aku lalu duduk di sebelahnya, mengusap sayapnya, melentur jiwanya dengan ucapan yang indah, seperti ucapan yang selalu dia ungkapkan! Lama-kelamaan dia lalu tunduk, terdiam dan angguk! Walaupun aku mengikut gayanya, bukanlah aku berniat ingin menjadi rama2, aku cuma mahu merasekan apa yang dia rase, supaya aku bisa memahami dan membantunya.


Sebenarnya, aku boleh memilih untuk melarikan diri dari kawan baru ku. Kenapa aku harus berkawan dengan kawan yang mencuri! Jahil pula! Kenapa aku tidak pulang terus ke busutku? Dan duduk diam2 bersama kawan2 semutku?! Jawapannya, kerana jika aku lari, haiwan2 lain diluar busut kami tidak akan pernah tahu tentang adab yang betul. Tatasusila yang murni. Kalau bukan kami, sang semut yang mengajarkan erti bertawakkal kepada ALLAH dalam mencari rezeki kepada haiwan2 lain di sekeliling kami, siapa lagi yang harus memegang tanggungjawab itu? Dan jika aku lari, apa tanggapan rama2 kepadaku? Nanti rama2 membawa konco2 nya menyerang busut kami, kawan2 ku juga akan merana! Bukanlah aku takut pada rama2, tapi aku cuma mengamalkan perintah ALLAH untuk berbuat baik sesama makhluk!


Akan tetapi, kawan2 semutku kurang gembira. Aku dilihat mereka sudah beransur menjadi seperti rama2 (aww, chantekla kalo jadi rama2!). Lalu kepada kawan2 semutku , aku katakan, "Tidaklah aku mampu menjadi rama2, kerana aku tidak punya sayap seindah dia, aku cuma ingin hidup bermasyarakat bersama dia. Aku cuma mahu menjadikan pujian haiwan2 lain tentang kehidupan sosial kita yang tersusun sebagai kenyataan. Dan aku juga tidak mahu celaan haiwan lain yang mengatakan kita sombong dan tidak ambil peduli tentang haiwan lain sebagai sebuah kebenaran. Tetapi aku ini seekor semut yang jahat, tidak sebaik kalian, wahai semut2 kesayanganku. Aku ini jahat! Dan sekiranya aku sudah jahat di mata kalian, maka kembalikanlah aku kepada undang2 semut yang benar! Tapi tolonglah kembalikanlah aku dengan cara yang benar. Jangan dengan melemaskan aku dalam air sinis yang kalian alirkan di lohong busutku. Aku mohon dengan sangat, jangan membuat aku merase sudah tidak tertahan untuk hidup di busut ini lagi. Walaupun pada hakikatnya aku tidak akan ke mana2, selagi aku masih seekor semut!"

Tammat.



Selesai sudah karangan UPSR hamba. Hamba sudah terlewat selama 13 tahun untuk menghantarnya pada cikgu Bahasa Melayu hamba di Sekolah Kebangsaan Kedai Piah, pada mase itu, cikgu Che Hashim bin Isa. BUat pengetahuan tuan hamba semua, karangan ini tidak semestinya ada kene-mengena dengan mana2 manusia, katapun kisah Sang SEmut, haha.

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu” (Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah, Ibn Umar)